“Paling Kecewa Bila Hilang Nikmat Makan,” – Makan Pedas Melampau, Azhar Osman Dedah Hidap Penyakit GERD. Pesan Jagalah Usus!

Share

Penyanyi, Azhar Osman mendedahkan kian beransur pulih daripada penyakit (Gastroesophageal Reflux Disease) GERD atau Asid Reflux yang dihadapi sejak awal tahun ini.

GERD yang juga dikenali sebagai Asid Refluks adalah keadaan dimana asid di dalam perut mengalami refluks dan naik semula ke dalam saluran esofagus.

Menurut Azhar, untuk melawan penyakit tersebut bukanlah mudah dan ia juga sedikit sebanyak telah menyebabkan dia hilang nikmat makan.

”Melawan penyakit GERD atau Asid Reflux sepanjang tahun ini bukanlah sesuatu yang mudah buat saya. Sekarang saya beransur sembuh dan memasuki fasa pemulihan.

“Yang paling kecewa bila hilang nikmat makan. So, nasihat aku jangan kuat sangat makan pedas melampau-lampau.

“Anda tidak akan tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Jagalah usus anda. By the way, mind if I make a little comeback?” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2013 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga Azhar lekas sembuh dan boleh memulakan perjalanan kariernya seperti biasa.

Terdahulu, Azhar sebelum ini pernah popular bersama grup duo, Azhael yang dianggotainya bersama, Hael Husaini sebelum masing-masing memilih untuk meneruskan kerjaya secara solo.

Sumber: Instagram Azhar Osman

IKLAN