“Paling Gementar Cabaran Berbasikal,”- Kayuh Sejauh 180KM, Alif Satar ‘Join’ Ironman Langkawi!

Share

Penyanyi dan pengacara Alif Satar tidak sabar untuk mengharungi cabaran Ironman yang diadakan di Langkawi.

Kongsinya, dia melakukan persediaan akhir menjelang kejohanan tersebut.

“Few hours to go, no turning back. 3.8km swim,180km cycle, 42km run,” tulisnya.

Selain itu, penyanyi  yang popular dengan lagu Sesungguhnya akui berasa gementar untuk cabaran berbasikal kerana jaraknya yang terlalu jauh.

“Paling gementar cabaran berbasikal. 180km, that’s a long ride ladies and gentleman,” tulisnya lagi yang sudah dua tahun berturut-turut menyertai kejohanan tersebut.

Cabaran Ironman merupakan sebuah kejohanan yang menguji ketahanan fizikal setiap peserta.

Difahamkan, seramai 2,500 atlet dari 70 negara telah mengesahkan penyertaan untuk tahun ini.

Terdahulu, Alif mencatatkan masa enam jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya sejauh 112.7km itu, melibatkan berenang sejauh 1.6km, berbasikal 90km dan berlari sejauh 21.1 km.

Foto: Instagram Alif Satar

IKLAN