Pakaian Dah Sold Out, Tapi Netizen Kata Jenama Justin Bieber Terlalu Buruk Untuk Dipakai. Motif?

Share

Nampaknya, jenama pakaian Drew yang baru sahaja dilancarkan menimbulkan pelbagai reaksi negatif.

Walaupun koleksi pertama habis dijual dalam tempoh tidak sampai lima hari, namun netizen beranggapan koleksi baju yang memilih tekstur corduroy bersama gandingan logo kuning ‘smiley’ itu sebagai bosan dan lapuk.

Malah, faktor harga yang tidak masuk akal juga antara yang menjadi kritikan. 

Netizen turut mempersoalkan sama ada Bieber layak mengeluarkan jenama pakaian sendiri memandangkan langkah itu sudah ketinggalan zaman. Drew diambil sempena nama tengah Bieber, Justin Drew Bieber. 

Nampaknya, pengaruh penyanyi Baby ini cukup kuat, hakikat Drew ‘sold out’ dalam hanya beberapa hari tanpa sebarang promosi cukup membuktikan kehebatannya.

Foto : Drew House

IKLAN