Pakai Niqab Jadi Tanda Tanya Peminat, Ini Jawapan Linda Rafar – “Saya Belum Bersedia Untuk Jawab, Tapi…”

Share

Baru-baru ini, penampilan penyanyi dan usahawan Linda Rafar telah menjadi persoalan serta tanda tanya kepada para peminat.

Ini kerana, kakak kepada pelakon Diana Rafar itu dilihat mulai mengenakan niqab menerusi beberapa entri terkini yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.


Bagaimanapun, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar masih belum bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan berhubung perkara tersebut.

Pada masa sama, penyanyi anggota kumpulan Elite ini memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Assalamualaikum…Ramai yg dm message tanya linda dah berniqab ke?

“Nanti la linda buat live n u all bole tanya ok.. now I’m not ready to answer.. but pls doa yg baik2 utk linda k..,” tulisnya.

Foto: Instagram Linda Rafar

IKLAN