“Pakai Baju Yang Suami Belikan,” – Memey Suhaiza

Share

Terukir senyuman kebahagiaan di wajah pelakon Memey Suhaiza apabila menerima hadiah dari suami tercinta, Norman Hakim.

Aktres berusia 33 tahun itu ada memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi ini ada berkongsi berita gembira bersama peminat.

“Terasa sweet hari ni sebab pakai baju yg suami belikan.

“Pandai pilih..kena jiwa hehe..So jgn tanya sy beli baju mana k.. tanya @normanhakim_786

“Kena juga tema colour ephyra..hari ni sy ada ephyra class biz champion dekat hq @ephyra2u,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat memuji sikap romantis Memey bersama suami.

Untuk rekod, Memey sah bergelar isteri kepada pelakon Norman Hakim dengan sekali lafaz pada tahun 24 September 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4 dan Mikayla Delisha Hakim, 1.

Foto : Instagram Memey Suhaiza

IKLAN