Pengacara senior, Datuk Aznil Nawawi menghormati pendirian serta hak individu yang memilih untuk tidak menerima suntikan vaksinasi Covid-19.
Katanya yang mesra disapa Pak Nil, dia percaya golongan yang disebut sesetengah pihak sebagai sebagai anti vaksin dan prosafe (ambil langkah berjaga-jaga) ini mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
“Ia hak masing masing. Saya hormat. Daripada awal lagi kerajaan pun tak paksa sama ada nak ambil vaksin atau sebaliknya. Tapi bila keluar dakyah salah bertentangan sains atau propaganda itu ini daripada segelintir golongan berkenaan, itu yang tak syok.
“Mungkin sebaiknya golongan itu tidak terlalu lantang di media sosial. Tapi ia hanya pandangan rawak saya saja kerana zaman media sosial beraja ini ramai tegar bersuara,” katanya.
Pemenang 10 kali kategori Pengacara TV Lelaki Popular sejak 2003 hingga 2010 itu bagaimanapun menyambut baik mengenai peratusan penduduk di negara ini yang sudah mencapai 90 peratus populasi dewasa telah lengkap dos suntikan vaksin.
“Jadi selebihnya iaitu 10 peratus lagi merujuk kepada golongan antivaksin, kanak-kanak dan mereka yang tak boleh divaksin atas faktor pelbagai termasuk kesihatan.
“Kita yang memilih vaksin ini jangan bermusuh dengan mereka. Kita cuba lindungi mereka. Majoriti akan menang melawan minoriti. Insya-Allah.
“Kita sudah bergelut melalui era COVID-19 ini. Cukup… cukuplah derita itu. Tak perlu kita tambah dengan pertelagahan prinsip mahu divaksin atau sebaliknya,” katanya yang sudah lengkap dua dos vaksin.
Dalam pada itu, di usianya sekarang yang akan genap 59 tahun 6 November ini, Pak Nil dilihat kekal menjaga tahap kesihatannya.
Ads
Malah rezekinya sejak awal fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu turut diberi rezeki sebagai duta produk kesihatan, Eskayvie.
“Ketika PKP pertama, saya sendiri rasa hidup macam gelap. Kerja seni yang sudah dipersetujui pun ditunda malah ada yang dibatalkan. Tapi saya beroleh rezeki sebagai duta jenama produk itu.
“Malah ada rangkaian produknya yang mempunyai testimoni sebagai penguat daya ketahanan diri selain alternatif melawan pelbagai virus termasuk COVID-19.
“Malah saya juga ada meminta bekas penyampai radio Sinar FM, Najman Mohamed yang disahkan positif COVID-19 tahap empat mencuba. Alhamdulillah ikhtiar serba sedikit membantu dan pulih.
Ads
“Malah pihak jenama produk ini juga membantu Najman menyelesaikan kos bil hospital atas paksi kemanusiaan,” katanya yang ditemui di sidang media pelancaran rangkaian produk Diffenz Junior keluaran Eskayvie baru-baru ini.
Produk yang dilancarkan itu khusus untuk kanak-kanak dan Pak Nil percaya golongan kecil itu juga wajar dilindungi.
“Apabila ada inisiatif pihak produk ini buat suplemen khusus untuk kanak kanak mendapat perlindungan di musim pandemik, saya paling bersetuju.
“Apatah lagi ada golongan ini sudah kembali bersekolah secara bersemuka. Virus jahat ini kita tak nampak, jadi kena sentiasa berwaspada. Golongan dewasa sendiri pun boleh terdedah kepada perkara yang tak diingini, apatah lagi si kecil.
Ads
“Sebagai Ikon Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), saya sendiri teruja nak pusing sekolah bertemu mereka sambil bercakap soal perlindungan diri, ilmu dan menekankan kepentingan pengambilan vitamin C dan D,” katanya.
Penyanyi lagu Apo itu juga berharap, usaha memupukkembali minat golongan pelajar ke sekolah dalam membiasakan norma baharu tidak dicemari atau ditakuti dengan perkara tidak perlu.
“Kita tak mahu wujud lagi golongan pendidik yang membiasakan lawak lucah termasuk yang ‘double meaning’ hingga menggalakkan perbuatan rogol membabitkan guru dan pelajar. Baru baru ini ada dakwaan pula masih ada amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan di sekolah.
“Saya harap pihak berwajib dan KPM ambil tindakan tegas kepada golongan guru yang bersikap sebegitu. Sudahlah pelajar ini sejak sekian lama tidak ke sekolah dan membiasakan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Sekolah itu bukan satu tempat yang ditakuti.
“Sebaliknya peringkat awal ini, ia patut dianggap lokasi seperti taman permainan untuk menarik minat semula selepas lama ‘bercuti’. Kemudian lama lama diterapkan pembelajaran yang menjadi nadi persekolahan,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Umum mengetahui, pelakon, Izreen Azminda baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata leaki pada tanggal 20 September lalu.
Terbaru, menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Izreen telah pun berkongsi wajah penuh anaknya itu buat tatapan para pengikutnya di media sosial.
Dikesempatan itu juga, pelakon filem Pecah ini turut memaklumkan dia dan suami yang juga merupakan pemuzik, Ude Wahid telah pun bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Ali Idrees.
“Salam jumaat buat semua dari saya. ALI IDREES MUHAMMAD RADZI (penangan SAFFRON + NESCAFE (ingat keluar gulap gelita),” tulisnya.
Foto-foto yang dikongsikan itu nyata menzahirkan rasa teruja di hari para peminat.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji wajah comel bayi tersebut selain turut mendoakan semoga Ali Idrees membesar dengan sihat dan menjadi penyejuk hati ayah dan ibu.
“Muka lembut ja comell. Tenang ja tengok anak-anak ampa.
“Allahuakbar comelnya. Semoga dikurniakn kesihatan, kebahagian, ketenangan dan rezeki untuk awk ye Ali.
“Comel sungguh, alhmdulillah. Mak dia belum ada geng.
“Haaaa putih melepak. So cute! Assalamualaikum Ali,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid telah pun mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini mencecah usia 2 tahun.
Sebelum ini, Izreen pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhamd Riza pada 2012 sebelum memutuskan untuk bercerai pada 2014.
Hasil perkahwinan tersebut, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhamad Adrian Umar, 5.
Sumber: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain pernah mengkagumi bakat Ziana Zain, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau Che Ta turut mendedahkan dirinya begitu meminati Fauziah Latiff (Jee).
Malah peluang untuk bersama-sama dengan penyanyi senior itu menerusi drama Tahyul terbitan Zeel Production yang kini bersiaran di slot Samarinda TV3 menjadi satu peluang yang sukar dilepaskan.
Drama 15 episod arahan Junaime Ramfizal Rahmat atau Che Mie itu ketika ini masih menjalani penggambaran di Perlis.
Menurut Che Ta, selain menerima tawaran tersebut kerana turut dibarisi pelakon seperti Jee, peranan sebagai Detektif Masni juga menarik perhatiannya.
“Ikutkan saya jarang memegang watak seperti polis atau perisik. Begitu juga detektif. Sebelum ini dalam drama Gerak Khas pun saya pernah muncul jadi Deputi Superintenden Polis untuk beberapa episod.
“Sebelum itu, karakter Kiah Pekasam juga diperluaskan menjadi Kiah Spy. Saya juga pernah jadi ‘spy’ dalam drama Family Spy yang turut dibintangi Alif Satar.
“Apabila ditawarkan watak detektif, saya nampak kelainan untuk mempertimbangkan drama Tahyul. Masa baca skrip, saya tanya siapa pegang watak Puan Qaseh. Apabila diberitahu ia dilakonkan Jee, tak ada sebab saya nak menolaknya,” katanya.
Ketika zaman kemuncak kerjaya nyanyian Jee, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui tidak ketinggalan membeli kaset Jee.
“Boleh kata semua koleksi lagunya yang meruntun jiwa saya ada. Malah saya pernah beratur semata-mata nak bergambar dengannya di sebuah karnival persembahan di Alor Setar, Kedah.
“Saya pernah disatukan dengan Jee dan Ziana dalam sebuah fotografi kulit muka depan majalah fesyen dan kecantikan. Tak sangka dapat pula berlakon dengan Jee buat kali pertama,” katanya.
Tahyul turut dibintangi Aniq Suhair, Cik B, Wani Kayrie, Ahmad Adly Sofwan, Shah Khan, Tania Hudson, Aidit Noh dan ramai lagi.
Dalam pada itu, ketika sektor kreatif diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh kerajaan sejak 9 September lalu, Che Ta bersyukur kerana dihujani pelbagai tawaran drama.
Selain Tahyul, isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu turut melunaskan penggambaran drama Kerana Dia Suka juga di Perlis terbitan produksi sama.
Malah Che Ta membawakan watak sebagai perempuan tua bernama Hajah Mariah. Turut sama berlakon ialah Fendi London, Fendi London, Rita Nadira dan Fikry Ibrahim.
“Macam saya selalu tekankan sebelum ini, akan ada salah anggap dan tafsir terhadap insan bernama Rozita Che Wan.Selalu akan fikir kalau saya berlakon kena cantik sepanjang masa.
“Malah sampai ada cakap, saya menjadi diri sendiri. Realitinya memanglah saya Rozita Che Wan. Tapi saya akan berlakon ikut karakter diberikan. Malah’ look’, solekan dan warna baju pun produksi tentukan.
“Dalam drama Kerana Dia Suka, saya memang berbeza daripada watak lain termasuk Detektif Masni,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran situasi pandemik Covid-19 di seluruh negara sebelum ini bukan sahaja menjejaskan sektor ekonomi malah turut memberikan kesan kepada orang ramai termasuk golongan kanak-kanak.
Atas kelonggaran yang diberikab ketika ini, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bercuti bersama keluarga selain melakukan pelbagai aktiviti sosial lagi sekali mengikut SOP yang ditetapkan.
Pelakon, Diana Amir misalnya ada berkongsi cerita perihal anaknya sewaktu mereka sekeluarga berliburan di Melaka, baru-baru ini.
Kongsinya di akaun Instagram, anak-anak kelihatan sangat teruja sejurus memasuki sebuah pusat membeli-belah memandangkan ia kali pertama dia membawa mereka ke premis membeli-belah sejak berlakunya situasi pandemik, kira-kira dua tahun lalu.
Bagaimanapun, masing-masing masih boleh ‘kaw diri’ cuma ada yang gembira apabila dapat memasuki kedai permainan.
“First time anak-anak masuk mall since pandemic started, berapa lama dah? Alhamdulillah behave well, tapi muhammad #2yearsold jakun betul masuk kedai toys.
“Thank you bangah @shamamir83 and @safirahroseli tolong jagakan anak2 juga,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...