Pak Limra Telah Kembali Kepada Pencipta, Al-Fatihah

Share

Pelakon Zulkifli Ismail, berkongsi berita dukacita apabila pelakon veteran, Ramli Mohammad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra telah pergi mengadap Illahi.

Perkongsian tersebut dibuatnya menerusi Instagram.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Pelakon Ramli Mohammad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra telah kembali ke rahmatullah semalam.

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham,” tulisnya.

Sementara itu menerusi artikel Harian Metro, pelakon berusia  81 tahun berkenaan meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor akibat sakit tua, malam tadi.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang selepas Zohor, hari ini.

Allahyarham hidup di zaman Tan Sri P Ramlee dan pernah memegang watak sampingan dalam filem arahan seniman agung itu.

Foto : Instagram Zulkifli Ismail dan Harian Metro

IKLAN