Pahit Getir 20 Tahun Kahwin, David Beckham & Victoria Throwback Foto Zaman Muda-Mudi

Share

Pasangan selebriti dunia, David Beckham dan isterinya, Victoria Beckham telah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20 tahun, semalam.

Berita gembira itu dikongsikan David menerusi Instagramnya.

“WOW 20 years , look what we created ♥️ Love you so much,” tulis David disertakan gambar ketika muda remaja bersama Victoria. 

Menjengah di Instagram Victoria pula, dia turut memuat naik gambar-gambar detik manis sepanjang dua dekad mereka berkongsi hidup.

Terdahulu, David pernah terlibat dalam kontroversi skandal seks pada tahun 2007.

Bagaimanapun, rumah tangga mereka dapat diselamatkan.

Pasangan ini berkahwin pada 4 Julai 1999 dan dikurniakan empat orang anak iaitu  Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper Seven.

Foto : Instagram David Beckham, Victoria

IKLAN