“Pagi Tadi Ada Masalah Sikit,” – Berdebar Kandungan Bermasalah, Abby Abadi Rujuk Doktor

Share

Berkongsi kebimbangan apabila kandungan di dalam rahim mempunyai masalah, tulis Faizal Zakaria, suami Abby Abadi, dia telah membawa isteri ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Dia turut meluahkan kesyukuran apabila disahkan doktor bahawa kandungan isteri berada dalam keadaan selamat.

Hari cuti bawah My Love @abby_abadi112 ke Klinik

“Pagi tadi ada masalah sikit..berdebar jugak….tapi Alhamdullilah semua ok….

“Makan ubat kena ikut aturan….banyakkan rehat ya

“Terima kasih Doc sebab berikan layanan yang baik tadi,” tulisnya sambil menyertakan foto imbasan bayi di ruang Instagram.

Netizen turut menasihatkan agar pelakon Gerak Khas ini menjaga kesihatan sementelah dia kini berbadan dua.

Foto : Instagram Jai Ezzany

IKLAN