Terdahulu, pelakon senior Zarina Zainuddin telah berkongsi mengenai salah seorang anak kembarnya, Azil yang dikhabarkan mengalami masalah pernafasan sehingga terpaksa menjalani pembedahan.
Zarina telah memaklumkan Azil telah selamat menjalani pembedahan dan sudah kembali sihat seperti sedia kala.
“Assalamualaikum Semuga di permudahkan urusan kita hari ini..Subuh ini azil bangun awal ,Allhamdulillah bertambah sihat pagi2 dia dah mandi ajak ke kedai beli paper”
Ads
“Terima kasih atas doa dari anda semua Saya juga berdoa semuga Allah merahmati hidup kita semua Terima kasih telekung indah @as.legacymalaysia @aliffsyukriterlajaklaris”tulisnya.
Drama Nur telah memberi impak yang hebat sehingga mencetus fenomena dan terkini, sequealnya juga turut memberi kejayaan sama.
Mana tidaknya, jalan cerita dan karakter yang dimainkan membuatkan penonton berasa ‘geram’ dengan setiap watak yang dilakonkan.
Dalam pada itu, Khiriah yang memegang watak sebagai Aishah, menasihati orang ramai agar tidak terlalu taksub dengan drama tersebut.
“Ok janji sc ni malam ni…korg tgu sc ni kan?sc ni byk bahan nak membawang…
“Cuma apa yang boleh akak katakan pada yg menonton jgnlah terbuai dgn emosi..nak maki nak mcarut carilah bahasa hok molek..malaikat dok mencatat kak piah..
“Drama je pown tp percayalah dlm dunia realiti mmg ada isteri mcm Aisyah…bisu,pendam sampai merana..bawa sampai mati..siankan..rela didera mental & fizikal tp percayalah kesabaran wanita..ada hadnya..Cikgu mana cikgu?
“Akak jd penonton mmg geram dgn Ecah ni..hilang terus taring..langsung tk mcm Ecah dulu..itulah kuasa Cinta & Sayang..btw dok dlm kolam ni bapak sejuk plus dalam..if tak tinjit tenggelam weiiii,” tulisnya.
Lewat malam tadi, pelakon Eida Moin ada berkongsi entri syahdu berkenaan kakaknya, Siti Julaiha Abd. Moin yang telah pun pergi mengadap Illahi pada 8 Julai tahun lalu.
Kongsinya, pada tarikh 6 April setiap tahun, pasti akan berpusu-pusu ucapan selamat hari jadi buat arwah.
Bagaimanapun, semuanya kini hanya tinggal kenangan.
“Salam, hari ini masuk 6 april 2019,selalunya waktu begini berpusu2 ucapan selamat ulang thn buat along dr adik beradik, ipar duai dan ank2 buahnya di dlm whatspp group HARU BIRU FAMILYKU..tp kali ini, kami semua tahu ucapan kami semua tidak akan ada balasan drnya.
“Kalau ada hayatnya genaplah umor arwah along 41 thn.. Tp Allah lebih menyayangimu long.. 40 thn shj Allah pinjamkan along sebagai kakak kepadaku dan adik2nya.. Memang benarlah kata pujangga.. KEHILANGAN yg tiada penghujung lebih menyakitkan.
“Semoga along bergembira di alam sana sementara menunggu ketibaan keluargamu yg amat menyayangi mu long.. Alfatihah buatmu Allahyarhamah Siti Julaiha Binti Abd Moin 6 april 1978/ 8 july 2018,” tulisnya panjang lebar.
Kini genap 25 tahun, Fikry Ibrahim merakamkan ucapan penghargaan kepada peminat atas kiriman doa sempena hari kelahirannya.
Sempat juga bersenda mengatakan umurnya masih muda walaupun tubuh berbulu…hahaha
“Terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan serta mendoakan yang indah-indah sempena hari lahir yang ke 25 ini.
“Bulu saja banyak tapi umur masih muda. Agak terharu kerana walaupun kita kurang mengenali satu sama lain tapi anda tetap teguh menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk saya dan keluarga,” tulisnya.
Pelakon kacak ini juga berharap agar wanita comel di luar sana dapat membalas cintanya. Amboi, sempat lagi ‘pick up line’ ya.
“Semoga Allah dapat membalas jasa anda. Semoga awak yang comel tengah baca caption saya ni pula dapat membalas cinta saya.”
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya