Bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-20, pasangan selebriti, Johan Raja Lawak dan Ozlynn Waty membuat kejutan dengan melawat anak sulung mereka, Ahmad Ariq Hanania yang kini sedang melanjutkan pengajian di Dublin, Ireland.
Setibanya di Ireland, Ariq telah diminta untuk datang ke sebuah hotel di Dublin kerana kononnya rakan Ozlyn dan Johan mahu melawatnya dan memberikan kiriman barangan.
Johan dan Ozlyn kemudiannya mendekati Ariq lalu menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.
Ariq yang tidak dapat menahan rasa sebak terus memeluk erat Johan dan Ozlyn.
Video kejutan tersebut turut dikongsikan di laman Instagram.
Menurut Ozlyn, dia akan terus menghargai waktu-waktu berharga bersama anak-anaknya selagi hayatnya masih ada.
“Selagi ada, kita hargailah pinjaman paling berharga dari-Nya. Kejutan untuk Abang Ariq menjadi. Papa, mama dan adik-adik Hanania love you,” tulisnya.
Dalam pada itu, video berdurasi hampir tiga minit itu nyata telah meruntun jiwa rakan selebriti dan netizen.
Rata-rata mereka akui sebak dan mendoakan semoga Johan sekeluarga terus dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
“Aku nak menangis tengok video ni. Macam mana ni?,” komen pelakon dan pelawak, Zizan Razak.
Ads
“Pagi-pagi dah buat orang nangis,” kata pelakon, Amyra Rosli.
“Apa potong bawang pagi-pagi ni, aduh,” balas pelakon dan pengacara, Alif Satar.
“Semoga menjadi anak yang soleh dan sayang ibu ayah hingga akhir usia,” kata penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC.
Ads
“Kita pula menangis adoi pagi-pagi ini,” komen, penyanyi Adira Suhaimi.
Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih sejuta tontonan selain turut dihujani ribuan komen.
Terdahulu, Ariq melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Ireland dalam bidang perubatan.
Sebelum ini juga, Ozlyn turut berkongsi rasa sayu apabila tidak berkesempatan untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bersama anaknya itu pada tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun berdepan dengan masalah kesihatan melibatkan vokalnya, namun persembahan penyanyi Ernie Zakri dalam Konsert Satu Suara Vol. 3 wajar diberi pujian.
Mendapat gemuruh daripada penonton, Ernie atau nama sebenar, Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, menceritakan pagi sebelum konsert berlangsung dia kehilangan suara sehingga menyebabkan dia terpaksa mengambil suntikan antibiotik untuk ‘menyelamatkan’ keadaan.
“Saya kehilangan suara pada pagi sebelum konsert berlangsung. Hal itu juga menyebabkan saya tidak datang ke sesi latihan kerana percaya jika paksa diri, saya mesti tidak boleh membuat persembahan pada malam hari.
“Jadi saya bertemu doktor dan diberikan suntikan antibiotik untuk memastikan saya sihat dan boleh bekerja.
“Saya memang tiada plan B. Yang saya tahu, saya tetap kena menyanyi tadi. Jadi, suamilah jadi runner pergi beli ssemua ubat yang disarankan Abang Jay Jay dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Ini merupakan kali kedua saya hilang suara sepanjang kerjaya. Saya percaya ini kerana faktor kurang rehat dan penat,” katanya kepada MH.
Menerusi konsert amal yang bertujuan mengumpul dana untuk Yayasan Nurjiwa itu, Ernie bergandingan dengan vokalis kumpulan Carefree, Jay Jay serta Siti Nurhaliza.
Konsert Satu Suara Vol. 3 berjaya menghiburkan seramai 4,000 penonton yang memenuhi segenap ruang Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Antara seleksi lagu yang dinyanyikan Ernie pada malam tersebut ialah seperti Boneka, Ku Bersuara dan Korban.
Ernie turut berduet dengan Siti Nurhaliza menerusi ‘mash up’ lagu Gundah dan Wajah Kekasih yang digubah khas oleh pengarah muzik konsert tersebut, Aubrey Suwito.
Konsert Satu Suara Vol. 3 merupakan anjuran Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti biasa, penampilan eksentrik yang dibawa penyanyi Aina Abdul pada dua minggu berturut-turut di program Big Stage 5 (BS5) menjadi sorotan warganet.
Menduduki kerusi juri tetap bagi edisi Big Stage kali ini, Aina Abdul yang tampil mengenakan persalinan yang unik seperti kebiasaan menerima reaksi pelbagai terutamanya di media sosial.
Pelbagai gelaran atau perumpamaan telah diberikan buat penyanyi lagu Terus Hidup ini.
Misalnya di BS5 Ahad lalu, Aina yang tampil mengenakan persalinan hijau epal lengkap dengan turban ‘gergasi’ telah disamakan seperti Ulat Beluncas, Air Katira, Kobis dan Broccoli.
Meski ia hanyalah seloroh wargamaya, namun ada juga yang tampil menasihatkan Aina agar mengenakan persalinan yang lebih ‘relak’ kerana dia hanya berada di kerusi juri sepanjang program berjalan.
“Bagi saya jika show on stage okay. Tapi sekadar jadi juri duduk berjam-jam better simple je pun dah meletop. Sebab semua dah kenal dia A.A.”
“Less is more.”
“Simple lebih menarik dan anggun.”
“Tergamaklah dia nak pakai baju macam tu.”
Bagaimanapun, tak kurang yang memuji keberanian Aina yang yakin tampil berbeza selain ada yang sudah sedia maklum dengan imej yang sinonim dibawa bintang berkenaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anak lelaki kepada selebriti versatil, Didie Alias iaitu Muhammad Dhanial bakal mendirikan rumah tangga pada Sabtu.
Lebih sayu, perkahwinan anak lelaki sulung Didie tidak ‘ditemani’ bapa Dhanial iaitu Allahyarham pelakon Ridzuan Hashim yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 4 Mei lalu.
Menerusi laman Instagram miliknya, Didie atau nama sebenar, Fadzilah Mohd, 51, mendoakan agar anaknya itu kuat menjelang hari bahagia esok.
“Menghitung hari, mommy dan daddy doakan semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar untuk Abang.
“Mommy tahu Abang kuat. Mommy akan sentiasa berada di sisi Abang tak kira apa pun yang berlaku.
“Ya Allah Ya Tuhanku Kau berilah kekuatan buat anakandaku Muhammd Dhanial untuk hari bahagia yang akan diraikan. Amin ya rabbal al amin,” tulis Didie di ruangan kapsyen.
Didie juga turut memuat naik sebuah video memperlihatkan kesemua rombongan anak-anaknya serta saudara-mara di lapangan terbang menanti untuk berlepas ke Tawau, Sabah untuk majlis pernikahan dan persandingan Dhanial.
Allahyarham Ridzuan meninggal dunia pada 4 Mei lalu akibat serangan jantung ketika sedang menikmati sarapan bersama Dhanial yang menetap sekali dengan bapanya.
Didie dan Allahyarham mendirikan rumah tangga pada 1991 namun bercerai pada 2022.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, 30, Muhammad Dhanial, 29, Nur Dinie, 27, Nur Dayini, 25, dan Nur Diyana, 24.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...