
Kepada mereka yang mengikuti perkembangan pelakon, Mia Ahmad di laman sosial Instagram, pastinya menjadi tanda tanya mengenai gambar yang dikemaskini (update) Mia buat masa ini.
Melihatkan pada profile Instagramnya, Mia nampaknya telah memadam gambar bersama suami, Mohd Izham Tarmizi Roslan.
Tambahan pula, pelakon drama Mr Boss, Miss Stalker itu turut memuat naik status yang berunsur kecewa.
Bagaimanapun, Mia telah menutup ruangan komen terhadap status tersebut.
Menjengah ke ruangan Instagram Izham yang merupakan penjaga gol JDT pula, kelihatan gambarnya bersama Mia masih lagi disimpan di Instagram.
Sehingga kini, mereka masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara yang dilakukan Mia (memadam gambar dan muat naik status kecewa).
Mia dan Izham baru sahaja dikurniakan cahaya mata, Sayf Issa pada 28 September lalu seberat 3.27kg.
Foto : Instagram Mia Ahmad, Izham Tarmizi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

![[GAMBAR] “Warna Gigi Manusia Ada 2 Jenis,”- Swafoto Bersama Fazura, Gigi Tiz Zaqyah Pula Jadi Ejekan Netizen, Apa Motif? 2 [GAMBAR] “Warna Gigi Manusia Ada 2 Jenis,”- Swafoto Bersama Fazura, Gigi Tiz Zaqyah Pula Jadi Ejekan Netizen, Apa Motif?](https://cdn.mediahiburan.my/2018/10/yel.png)
![[GAMBAR] Wow! Wajah Rosalinda Dulu & Kini Yang Kekal Lawa, Walau Usia Telenovela Dah Cecah 19 Tahun 15 [GAMBAR] Wow! Wajah Rosalinda Dulu & Kini Yang Kekal Lawa, Walau Usia Telenovela Dah Cecah 19 Tahun](https://cdn.mediahiburan.my/2018/10/2-61.png)

