Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri ralat apabila hasratnya yang mahu menjual unit kondominium mewah yang terletak di tengah ibu kota tersekat gara-gara situasi pandemik yang memungkinkan hasrat pembeli untuk mendiami kediaman itu tidak kesampaian.

Malah jelasnya lagi, unit lengkap perabot yang mahu dijual itu berada pada harga yang lebih murah berbanding pasaran semasa.

“Sedih sangat saya sebabnya saya nak jual rumah aparten sy di pavilion bukit bintang ni. Akan tetapi sebab musim PKP tak ada orang yang mampu membeli rumah ni.

“Padahal saya dah jual murah daripada Market Value hanya rm6 juta fully furnished,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Bagaimanapun, ahli perniagaan yang pernah muncul dengan beberapa buah lagu itu turut membuka peluang buat yang berminat untuk menyewa unit yang dimaksudkan.

“Padahal Saya Dah Jual Murah Dari Market Value…,” – Aliff Syukri Letak Harga RM6 Juta Rumah Atas Pavilion, RM28k Belum Diskaun Kalau Ada Yang Nak Sewa“Padahal Saya Dah Jual Murah Dari Market Value…,” – Aliff Syukri Letak Harga RM6 Juta Rumah Atas Pavilion, RM28k Belum Diskaun Kalau Ada Yang Nak Sewa “Padahal Saya Dah Jual Murah Dari Market Value…,” – Aliff Syukri Letak Harga RM6 Juta Rumah Atas Pavilion, RM28k Belum Diskaun Kalau Ada Yang Nak Sewa

IKLAN

Mempunyai empat bilik tidur bersama tiga buah bilik air, Aliff turut berkongsi maklumat bagi mereka yang berminat untuk menyewa unit yang menghubungkan pusat membeli-belah terkemuka itu.

“Di sbbkan pembeli x ada.. sy rasa saya nak sewa sahaja rumah ni pada harga murah2.

”Kepada anda yang nak sewa bulanan saya bagi diskaun harga sebenar sebulan hanya RM 28k.. sbb musim covid saya bagi 45% -50 persen diskaun.

IKLAN

“Kepada sesiapa yang berminat boleh Whatsapp pada no telefon yang tertera di bawah atau korang boleh sewa seminggu pon boleh tak ada masalah. Cepat Whatsapp pada No tel 018-4027921 atau 019 314 6133.

“Kesian saya tunggu pembeli pembeli tak kunjung tiba. Tag kawan-kawan anda siapa yang mahu sewa di sini, rumah ni betul-betul bawa Pavilion jadi kalau nak shopping beli beg Gucci,lv ke prada kee turun jer bawah lift dah sampi.

“Memang senang dan yang paling best pasal rumah ini adalah dia tidak pernah sunyi 24 jam nak makan boleh terus makan dekat food court Pavilion nak tengok wayang turun bawah saja rumah ni ada empat bilik ..3bilik air.

IKLAN

“Kalau nak tngok rumah sy yg lain utk dijual dan disewa lagi boleh follow ig @as_propertyy. Di sana ada rumah sewa serendah RM600 untuk tiga bilik murah sangat-sangat,” tulisnya panjang lebar.

Perkongsian tersebut juga pantas menerima reaksi pelbagai dari pengguna media sosial dan rata-ratanya turut teruja dengan dekorasi indah kondominium terbabit.

Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI