Setelah sekian lama berehat, Sepahtu Reunion Live akhirnya tampil dengan musim terbaru.
Masih mengekalkan barisan pelawak yang sama seperti Jep, Syuk, Rahim, Ilya serta barisan cameo jemputan, Sepahtu Reunion Live kini tampil dengan sedikit kelainan apabila mereka dikatakan bakal beraksi tanpa kehadiran penonton dek kerana pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula sejak Rabu.
Menurut Jep pula, apabila dia tahu mengenai perkara tersebut, ia secara tidak langsung memberikan pengalaman yang berbeza buat dirinya sepanjang bergelar pelawak.
“Bila dapat tahu #sepahtureunionlive Khamis ni kau kena buat lawak tanpa penonton…Bolehlah diumpamakan seperti main bola tapi takde bola,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan penyampai radio Sinar itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Malah, ketika menjawab komen salah seorang individu, Jep memberitahu, membuat lawak ketika tiada penonton semasa sesi rakaman adalah berbeza jika ingin dibanding dengan persembahan secara langsung.
“Record dengan live banyak beza,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat seluruh tenaga kerja Sepatu Reunion Live selain turut tidak sabar nanti persembahan minggu pertama kumpulan tersebut.
Sepahtu Reunion Live bakal bersiaran setiap Khamis bermula malam ini secara eksklusif di Astro Warna (127) dan Warna HD (107) jam 9.00 malam.
Tahniah diucapkan buat penyanyi, Fara Hezel yang kini telah pun selamat bergelar ibu selepas melahirkan bayi sulungnya, 18 Oktober lalu.
Fara atau nama sebenarnya, Nurfaraazira Yusri yang juga kakak kepada penyanyi Aiman Tino menerusi Instagram menjelaskan, bayi lelaki seberat 3.57 kilogram itu selamat dilahirkan kira-kira jam 6.05 pagi.
“Doakan semoga kami dapat menjadi ibu & ayah yg terbaik buat putera kami. Terima kasih juga pada yang mendoakan, hanya Allah yg dapat membalas kebaikan korang semua,” tulisnya ringkas.
Sementara itu menerusi satu hantaran baru di platform sama, ibu muda berusia 24 tahun ini turut mendedahkan wajah serta nama putera comelnya itu.
“Bismillahirrahmanirrahim… Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan rezeki kepada kami seorang cahaya mata yang selamat dilahirkan pada 18/10/2020 jam 6.05am.
“Terima kasih kepada semua yg mendoakan putera sulung kami, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra bin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin,” titipnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecomelan anak lelakinya itu.
Fara yang popular menerusi lagu Setiaku Pasti itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin pada 20 Disember 2019.
Foto: Instagram Fara Hazel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendandan rambut terkenal, Bambang Soteto meluahkan rasa terhadap sikap segelintir Instafamous di negara ini yang didakwa gemar mempengaruhi minda anak-anak terhadap beberapa perkara.
Menurut Bambang, sepatutnya pada peringkat awal seperti ini, anak-anak muda seharusnya dididik untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua hal termasuklah aspek pelajaran agar sikap tersebut menjadi kebiasaan apabila meningkat dewasa.
“Terpanggil untuk komen apabila nampak instafamous berbangga dengan result SPM dia. Saya tiada masalah kalau dia nak gagal semua subjek or A1 semua subjek, tapi saya tak okay, bila dia seolah olah mengajak budak-budak untuk menjurus ke arah macam dia.
“Macam ni la, tak kisah la result you macam mana, tapi pesanan yg patut kita sampaikan adalah : ALWAYS DO YOUR BEST tak kisahla masa belajar ke, masa kerja ke, masa dengan family ke, bersukan ke, gym ke, kemas rumah ke.
“Always do your best BUKAN bagi ala kadar je or cukup-cukup makan. Sebab dalam hati, cakap TAKPE aku handsome SPM tak bagus pun takpe ada je awek nak kat aku or worse yet, harapkan orang lain yang tanggung you.
“JANGAN YE. Always HAVE A GOAL or visi. Kalau matlamat korang nak gagal SPM, MEMANG akan gagal la. Masalah dia kat sini, dengan attitude macam ni, korang akan jadi malas kat mana-mana je pun,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Bambang menerusi akaun Instagram.
Dalam pada itu, Bambang turut mengingatkan orang ramai sikap sambil lewa hanya akan menyusahkan kita di kemudian hari.
“Tu yang bila belajar gagal, bila kerja ponteng or datang lambat, bila berniaga pun ala kadar, selalu komplen dan sebagainya. Sebab dari kecik dah terapkan perangai mcm tu.
“So buat yg terbaik bila belajar. Kalau lepas berikan yang terbaik, still tak dapt straight A, jangan hampa, at least korang tahu korang dah buat yg terbaik.
“Semangat untuk berikan yang terbaik akan buat you jadi manusia yang lebih baik dari semasa ke semasa,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Bambang turut dilihat berkongsi keputusan cemerlangnya sewaktu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) satu ketika dulu.
“Ni saya tampilkan sekali result SPM saya. Vision nak dpt 10A1. Result dpt 8A1 1A2 1C3. Adakah ini result yg saya nak? Kalau boleh nak semua A tapi adakah saya bangga? Ye. Sangat Bangga. Sebab saya tahu saya bagi yang terbaik pada masa itu.
“Adakah saya jadi doktor ke? (sebab masa tu nak jadi doktor) jadi doktor rambut je tapi happy tak?
“Happy sangat sebab even as a hairdresser pun, saya jadi hairdresser yang terbaik di Malaysia? Adakah saya bongkak? Bukan. Saya confident. Kenapa? Sebab saya tahu, saya akan always berikan yg terbaik dlm apa segi yg saya buat.
“Kalau korang swipe left, I tampilkan sekali surat dari ex boss saya di Vienna Austria, memuji saya sebagai bekas pekerja dia,” akhirinya.
Sumber: Instagram Bambang Soteto
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!