Pada Usia 45 Tahun, Karisma Kapoor Masih Payung Foto Berbikini, Lihatlah Penampilan Terkininya

Share

Selain Manisha Koirala dan Madhuri Dixit, nama Karisma Kapoor juga menjadi antara Ratu Bollywood yang diminati sebahagian besar filem Hindi di negara ini.

Meski sudah melewati usia 40-an, namun kakak kepada pelakon Kareena Kapoor ini kelihatan masih kekal menawan, penuh aura persona. Saling tak tumpah pada era kegemilangannya dulu.

“Love urself at every age #nofilter,” tulisnya ringkas di Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahirannya sekitar Jun lalu.

Siapa yang boleh lupa dengan deretan filemnya yang cukup dekat dengan hati rakyat Malaysia seperti Dil To Pagal Hai, Raja Hindustani, Hum Sath-Sath Hai dan macam-macam lagi kan?

Jadi, jom tatap wajah terkininya yang tetap cantik tak dimakan usia!

Tahun lalu, bintang senior ini pernah melakukan kemunculan istimewa menerusi filem Zero lakonan rakan baiknya, Shah Rukh Khan. Turut sama beraksi di dalam filem berkenaan ialah Anushka Sharma dan Katria Kaif.

Foto: Instagram Karisma Kapoor

IKLAN