


SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!



SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Pelakon dan pelawak, Vicha atau nama sebenar Refika Novianti Faturohman berkongsi pengalaman pahit menjadi mangsa buli gara-gara penampilannya bertubuh besar dan berkulit hitam suatu ketika dahulu.
Jelasnya kepada MH, tiada siapa mahu mendekatinya sewaktu sekolah menyebabkan dia nekad untuk bangkit demi membuktikan bahawa berbadan besar bukan satu kesalahan, malah dia punya kelebihan tersendiri.
“Pengalaman paling teruk sewaktu zaman sekolah, tiada siapa mahu berkawan dengan saya. Tiada lelaki yang mahu rapat. Dahulu pemikiran masyarakat belum terbuka lagi.
“Disebabkan itu kini saya suka berkongsi pengalaman bagaimana mahu membina keyakinan yang tinggi setelah berkali-kali dipijak.
“Cantik bukan dilihat daripada bentuk tubuh, putih atau hitam. Tidak sama sekali. Semuanya cantik, apa yang penting bagaimana kamu membawa diri.
”Namun dengan syarat, penampilan diri juga harus dijaga. Sikap dan hati juga harus dijaga. Kalau ada yang menghina, biarlah.
“Kena sentiasa berfikiran positif,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Mis Claire X Siti Nordiana di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, anggota kumpulan J-Born ini turut mendedahkan dirinya pernah melakukan prosedur sedut lemak dan pembedahan gastrik bypass.
Hasilnya, dia berjaya mengurangkan berat badan hingga 30 kilogram setakat ini.
“Saya pernah menjalani pembedahan gastrik bypass dua tahun lalu dan berjaya mengurangkan 30 kilogram berat badan. Saya melakukannya kerana paras gula dalam badan mencapai tahap 22, kini ia kembali normal kepada 5.
“Saya pernah melakukan prosedur sedut lemak tapi hasilnya kurang memuaskan.
“Apa pun, nasihat saya, ia semua bergantung kepada diri sendiri dan disiplin. Harus nekad. Tidak perlu lakukan pembedahan, makan pil diet atau sebagainya. Benar ia membantu, namun semua bergantung kepada nekad,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Vicha hadir memberi semangat dan motivasi pada sesi pelancaran Mis Claire demi menunjukkan sokongannya kepada kumpulan wanita Plus Size.
Koleksi Mis Claire boleh didapati menerusi laman sesawang Mis Claire, butik ataupun di Robinson Kuala Lumpur dengan harga bermula dari RM82.00 sehingga RM120.00.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Sejak kebelakangan ini, ramai pula pengguna media sosial yang mencipta angka ’18 dan 19 sebagai suatu troll.
Sekali gus, ia menjadi tular dan kerap diguna pakai kini, khasnya menerusi status yang dimuat naik.
Sementara itu Da’i Luqman ada berkongsikan suatu posting di Instagram yang mencuri perhatian ramai, berkaitan dengan dua angkat terbabit.
A post shared by Da'i Luqman ™ (@dailuqman) on
Lalu, perkongsian yang mendapat reaksi pelbagai netizen itu turut diselitkan dengan kapsyen panjang lebar.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan itu turut mendapat respon darinya.
Foto: Instagram Da’i Luqman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Penampilan bintang media sosial, Ernisha atau nama sebenarnya Erni Nurshahira Khairul Zaman yang tampil dengan imej tidak bertudung sejak beberapa minggu lalu sebagaimana yang dikongsi di Instagram miliknya nyata mengundang perhatian ramai.
Imej terkininya itu turut mendapat reaksi pelbagai dari pengguna media sosial.
Terdahulu, menerusi tinjauan di platform sama, gadis berkenaan difahamkan telah memuat naik foto dan video dirinya tidak bertudung sejak awal bulan lalu.
Terdahulu, Ernisha pernah terpalit di dalam satu video dipercayai dirakam di sebuah kelab malam dalam keadaan tidak bertudung serta berpakaian menjolok mata hingga mencetuskan sensasi di media sosial.
A post shared by Ernisha (@ernishaaa) on
A post shared by Ernisha (@ernishaaa) on
A post shared by Ernisha (@ernishaaa) on
A post shared by Ernisha (@ernishaaa) on
Foto: Instagram Ernisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
