Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, Sean Combs atau lebih dikenali sebagai P Diddy akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama 50 bulan (4 tahun 2 bulan) selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan membawa individu merentasi negeri bagi tujuan pelacuran.
Hukuman tersebut dibacakan oleh Mahkamah Persekutuan di New York semalam, sekali gus menamatkan perbicaraan panjang yang mendapat liputan luas media antarabangsa.
Hakim memutuskan tempoh tahanan sebelum ini sejak penangkapan pada tahun 2024 akan diambil kira dalam hukuman yang dikenakan.
Selain penjara, P Diddy turut diarahkan membayar denda sebanyak AS$500,000 (RM2.36 juta) dan menjalani tempoh pengawasan selama lima tahun sebaik sahaja dibebaskan kelak.
Bagaimanapun, figura hip hop berusia 55 tahun itu dilepaskan daripada tuduhan lebih serius termasuk pengubahan wang haram, jenayah terancang (racketeering) dan pemerdagangan seks.
Ads
Keputusan itu dilihat sedikit melegakan pihak pembelaan namun tetap memberi tamparan hebat terhadap reputasi serta kerjaya seni beliau.
Sepanjang perbicaraan, mahkamah mendedahkan bagaimana Combs menganjurkan parti liar yang digelar “freak offs”, selain mengatur perjalanan individu terbabit untuk tujuan yang bercanggah dengan undang-undang.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain kategori Filem Terbaik, dua anugerah yang paling dinantikan setiap kali penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) ialah Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik.
Dua kategori ini sering menjadi tumpuan bukan hanya dalam kalangan penggiat industri, tetapi juga peminat yang mengikuti rapat perkembangan dunia perfileman tempatan.
Malah ia dianggap simbol tertinggi dalam dunia lakonan Malaysia iaitu satu pengiktirafan terhadap usaha, pengorbanan dan evolusi seorang pelakon dalam memberi makna kepada watak di layar perak.
Pasa edisi FFM ke-34, kategori ini dilihat antara yang paling sengit dalam sejarah mutakhir penganjuran.
Barisan calon datang daripada pelbagai latar filem iaitu daripada aksi berskala besar hingga ke drama psikologi dan kisah kekeluargaan yang sarat emosi.
Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, lima calon utama ialah Sharnaaz Ahmad (Blood Brothers: Bara Naga), Beto Kusyairy (Reversi), Qi Razali (Babah), Aeril Zafrel (Laknat) dan Tony Eusoff (Mencari Ramlee).
Setiap calon menampilkan gaya dan kekuatan berbeza, menggambarkan keluasan spektrum lakonan tanah air.
Sharnaaz Ahmad kini berada di kemuncak momentum hasil kejayaan besar Blood Brothers: Bara Naga, filem aksi-drama pecah panggung dengan kutipan lebih RM76 juta.
Watak yang menuntut kekuatan fizikal dan kedalaman emosi itu menjadi bukti ketekunan Sharnaaz dalam memberikan persembahan penuh intensiti.
Namun, Beto Kusyairy dilihat sebagai pencabar paling kuat dengan lakonan mendalam dalam Reversi.
Kritikus filem menyifatkan lakonannya sebagai ‘tenang di luar, bergolak di dalam’, membuktikan keberaniannya bereksperimen dan keluar dari zon selesa.
Sementara itu, Qi Razali tampil menyentuh perasaan menerusi Babah, membawakan watak seorang ayah yang kehilangan pendengaran dengan penuh kejujuran.
Lakonannya yang sederhana namun sarat emosi menjadikannya antara persembahan paling berkesan.
Dalam masa sama, Aeril Zafrel dan Tony Eusoff turut menyerlah menerusi Aeril dengan sisi gelap dan intens dalam Laknat, manakala Tony pula menawan hati dengan karisma sebagai peniru gaya Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee dalam Mencari Ramlee.
Dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik pula, lima calon yang bersaing ialah Nabila Huda (Telaga Suriram), Datin Sofia Jane (Mencari Ramlee), Sweet Qismina (Babah), Khatijah Tan (Jangan Pandang Belakang, Aku Tahu Asal Usul Mu) dan Maya Karin (Telaga Suriram).
Setiap satu menghadirkan aura tersendiri dengan keunikan gaya lakonan masing-masing.
Nabila Huda sekali lagi membuktikan kelas tersendiri apabila tampil tanpa dialog dalam Telaga Suriram, sebuah naskhah yang menuntut keintiman emosi dan ekspresi tubuh yang kompleks.
Lakonannya matang, penuh rasa menerusi gabungan ketakutan, dendam dan kelembutan yang sukar dijangka.
Datin Sofia Jane pula mempersembahkan watak sarat simbolik dan bernuansa dalam Mencari Ramlee, menjelmakan keanggunan dan pesona klasik yang mengimbau nostalgia sinema lama.
Sweet Qismina, meskipun muda, berjaya menyentuh hati penonton dengan persembahan tulus dan penuh kasih dalam Babah.
Lakonannya tidak berlebihan, malah sangat seimbang dalam menghidupkan hubungan bapa dan anak yang menyayat jiwa.
Dalam masa sama, Khatijah Tan menampilkan kekuatan karakternya sebagai pelakon berpengalaman, sementara Maya Karin kekal versatil dengan gaya lakonan dramatik dan bersahaja yang menjadi identiti tersendiri.
Secara keseluruhan, kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik FFM34 membuktikan bahawa mutu lakonan Malaysia kini berada di tahap membanggakan.
Sama ada juri mahu menonjolkan keberanian artistik seperti Beto Kusyairy dan Sofia Jane, atau menekankan penghayatan emosi seperti Sharnaaz Ahmad dan Nabila Huda, tahun ini menyaksikan pertandingan yang benar-benar sengit.
Festival Filem Malaysia ke-34 bakal berlangsung pada 1 November di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, dan disiarkan secara langsung di TV2, dengan Datuk Afdlin Shauki dan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai hos utama.
Tahun ini, kategori Filem Terbaik menawarkan Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta, sementara kategori lakonan kekal sebagai lambang tertinggi kecemerlangan individu dalam seni lakon tempatan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Dikatakan mempunyai ciri-ciri lelaki idaman, pelakon meningkat naik, Evertts Gomes tampil memberikan reaksinya berhubung hantaran tular melibatkan pempengaruh sensasi, Sarah Yasmine.
Menurut Evertts, dia merasakan kenyataan yang dimaksudkan oleh Sarah terarah kepada hal berkaitan kerja dan bukannya perkara lain.
“Saya ada perasan hantaran tersebut kerana ramai yang tag saya di media sosial. Apa yang boleh saya katakan, mungkin dia sedang mencari peluang untuk bekerjasama dengan saya.
“Andai kata ada rezeki untuk berjumpa, kita akan berjumpa juga nanti. Apa sahaja perkara yang berlaku dalam kehidupannya yang terdahulu, saya enggan ulas.
“Mungkin ada yang nak sokong dan tidak. Malah, ada juga yang kata biar dia kekal jadi influencer sahaja.
“Pada saya, kalau Tuhan sudah buka rezeki dia untuk berlakon, siapalah kita untuk menghalang,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Thariq Ridzuan: His Treasure itu berkata sedemikian ketika ditemui di acara Viu Royal Night, baru-baru ini.
Sementara itu, Evertts memaklumkan dia tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Sarah meskipun namanya pernah terpalit kontroversi bersama pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz.
“Saya terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja. Dalam soal profesionalisme, saya sentiasa boleh berikan seratus peratus. Apa sahaja yang berlaku di luar, kita tolak tepi.
“Bila kita masuk sahaja ke dalam set, kita bukan lagi diri kita yang sebenar. Kita bawa watak yang telah diberikan. Itu adalah undang-undang dan perkara asas dalam lakonan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bintang kelahiran Hero Remaja 2023 ini memaklumkan fokusnya kini hanyalah untuk mengukuhkan namanya di dalam industri seni dan tiada masa untuk bercinta.
“Jika Sarah maksudkan perkara lain, seperti yang pernah saya katakan, ketika ini, belum masanya untuk saya mencari pasangan. Sejujurnya, jika ada orang kata kita punyai ciri-ciri yang mereka suka, saya berbesar hati.
“Sebagai lelaki, kita akan gembira bila tahu ada perempuan di luar sana yang sukakan kita. Namun, fokus saya kini hanyalah berkaitan kerja. Saya tiada masa untuk perkara-perkara lain.
“Masa saya hanyalah untuk kerja dan ibu saya sahaja,” katanya.
Jelas Evertts lagi, dia kini lebih selesa hidup sendirian dan menghabiskan masa bersama ibunya sahaja.
“Saya kini lebih selesa hidup bujang. Lagipun, saya sudah penat dengan komitmen perhubungan. Pada saya, kalau saya betul-betul nak cipta nama dalam industri seni saat ini, saya perlu buat bersendirian.
“Saya seorang yang sangat berdedikasi dan bersemangat. Jika saya sudah punyai pasangan, saya memang akan berikan sepenuh perhatian kepada pasangan.
“Namun, ketika ini, saya tak mahu fokus saya terganggu,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama selebriti popular, Elly Mazlein sekali lagi mencuri perhatian apabila timbul dakwaan membayangkan dirinya bakal menamatkan khidmatnya sebagai penyampai radio.
Sebelum ini, keputusan Elly yang popular menerusi lagu Sabarlah Hati itu untuk menarik diri daripada menyertai program anugerah turut mengejutkan ramai pihak.
Ibu kepada dua cahaya mata itu didakwa bakal mengambil keputusan tersebut dalam masa terdekat selepas hampir dua tahun mengendalikan konti radio.
Sepanjang bergelar penyampai radio, Elly memberi sentuhan berbeza dalam dunia penyiaran apabila aktif turun padang menyantuni golongan kurang bernasib baik.
Malah, kehadirannya baru-baru ini bersama masyarakat Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan turut mendapat reaksi positif daripada warganet.
Bagaimanapun, kesahihan mengenai dakwaan terbabit belum dapat dipastikan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Adam Corrie menasihati para wanita di luar sana agar lebih bijak menilai keadaan dan tidak sewenang-wenangnya berkongsi masalah bersama lelaki bukan mahram, termasuk daripada kalangan artis, influencer dan ustaz.