“Our Little Baby Boy Is Strong & Healthy,” – Selamat Bersalin, Kaka Azraff Dapat Anak Lelaki Lagi

Share

Penyanyi dan pelakon, Kaka Azraf menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki tepat jam 12.05 malam tadi.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 33, menerusi beberapa ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.

Katanya lagi, dia juga berasa amat teruja kerana dia kini akan menjadi ibu kepada dua orang cahaya mata lelaki.

“Syukur pada Allah. Im officially a mother of two 22.2.22 00:05AM,” tulisnya.

Dikesempatan itu juga, penyanyi lagu, Gila ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat suaminya, Adam Azrif yang sentiasa menjadi pemangkin semangat buat dirinya sepanjang tempoh kehamilan ini.

“We made it baby! Alhamdulillah syukur. Thank you for being the greatest support system, cheerleader, motivator, part time doctor throughout the journey.

“I tak tahu apa jadi tanpa you. I love you Daddy of two hihi,” kongsinya lagi.

Menerusi hantaran di Instagram Stories pula, Adam memanjatkan rasa syukur kerana isteri dan anaknya itu kini berada dalam keadaan yang baik.

Malah, dia juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan anak serta isterinya itu.

“Alhamdulillah, thank you kepada semua yang mendoakan. Baby momma is doing great amd our little baby boy is strong and healthy,” ujarnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut merakamkan ucapan tahniah buat Kaka dan Adam.

Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Aslan yang kini berusia dua tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram & Twitter Kaka Azraf & Adam Azrif

IKLAN