Ads

Oscar 2026: ‘One Battle After Another’ Menang Besar, Michael B. Jordan Diumum Pelakon Lelaki Terbaik & KPop Demon Hunters Terus Cipta Sensasi

Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya membawa pulang trofi Filem Terbaik.

Filem arahan Paul Thomas Anderson itu turut memenangi beberapa kategori lain termasuk Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik, sekali gus menjadikannya antara karya paling dominan pada malam berprestij itu.

Oscar 2026: ‘One Battle After Another’ Menang Besar, Michael B. Jordan Diumum Pelakon Lelaki Terbaik & KPop Demon Hunters Terus Cipta Sensasi

Sementara itu, aktor, Michael B. Jordan dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Sinners, manakala Jessie Buckley meraih Pelakon Wanita Terbaik hasil persembahannya dalam Hamnet.

Oscar 2026: ‘One Battle After Another’ Menang Besar, Michael B. Jordan Diumum Pelakon Lelaki Terbaik & KPop Demon Hunters Terus Cipta Sensasi

Oscar 2026: ‘One Battle After Another’ Menang Besar, Michael B. Jordan Diumum Pelakon Lelaki Terbaik & KPop Demon Hunters Terus Cipta SensasiKemenangan Michael itu turut diiringi ucapan penuh emosi yang mencuri perhatian hadirin.

Ucapan Emosi Pemenang

Dalam ucapannya, Jordan memberi penghormatan kepada generasi pelakon terdahulu yang membuka laluan kepada bakat baharu sepertinya di Hollywood.

Ads

Oscar 2026: ‘One Battle After Another’ Menang Besar, Michael B. Jordan Diumum Pelakon Lelaki Terbaik & KPop Demon Hunters Terus Cipta Sensasi

“Saya berdiri di sini kerana mereka yang datang sebelum saya seperti Danzel Washington, Sidney Poitier, Halle Berry, Will Smith dan ramai lagi.

“Terima kasih kerana menyokong saya selama ini. Saya dapat rasakannya. Saya tahu anda semua mahukan saya menjadi yang terbaik. Terima kasih kerana mempertaruhkan saya,” katanya ketika di atas pentas.

Dalam masa sama, pelakon veteran Amy Madigan mencipta momen emosional apabila memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Weapons, lebih 40 tahun selepas pencalonan pertamanya di Oscar.

Oscar 2026: ‘One Battle After Another’ Menang Besar, Michael B. Jordan Diumum Pelakon Lelaki Terbaik & KPop Demon Hunters Terus Cipta Sensasi

Ads

Kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pula menjadi milik Sean Penn menerusi lakonannya dalam One Battle After Another, sekali gus menambah koleksi kemenangan Oscar dalam kerjayanya.

Selain itu, filem animasi KPop Demon Hunters turut mencuri perhatian apabila memenangi kategori Filem Animasi Terbaik dan Lagu Asal Terbaik.

Oscar 2026: ‘One Battle After Another’ Menang Besar, Michael B. Jordan Diumum Pelakon Lelaki Terbaik & KPop Demon Hunters Terus Cipta Sensasi

Anugerah Akademi ke-98 turut mengulangi sejarah apabila dua filem, The Singers dan Two People Exchanging Saliva diumumkan sebagai pemenang bersama untuk kategori Filem Pendek Aksi Langsung Terbaik.

Ads

Oscar 2026: ‘One Battle After Another’ Menang Besar, Michael B. Jordan Diumum Pelakon Lelaki Terbaik & KPop Demon Hunters Terus Cipta Sensasi

Kedua-dua filem ini meraih markah yang sama hasil penilain juri sekali gus mengulangi sejarah yang jarang berlaku dalam tempoh lebih sedekad.

Oscar tahun ini dihoskan oleh pengacara terkenal Conan O’Brien.

Acara berprestij itu turut menghimpunkan barisan penggiat industri filem dari seluruh dunia bagi meraikan karya terbaik yang ditayangkan sepanjang tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Kredit Foto: Instagram Complex, Just Jared & The Today Show

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Turun Padang, Bantu Setakat Mampu,” – Rita Rudaini Redah Hujan, Sukarela...

Keprihatinan terhadap usaha murni anak-anak dalam menyantuni masyarakat mendorong pelakon popular, Rita Rudaini, untuk turun padang secara sukarela membantu menjayakan program khidmat masyarakat Jalinan...
error: Hello. Cannot.