Baru-baru ini, banyak betul kita dengar statement berkaitan neraka keluar daripada mulut-mulut rakan selebriti kan.

Mentang-mentang lah dah masuk bulan ramadan, maka cara cakap pun nak kena ada ‘syurga neraka’ kan?

Mungkin jelik dengan sikap sesetengah rakan selebriti yang bercakap lepas begitu, pelakon, Nazrief Nazri berkongsi entri berkaitan perkara itu di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Baca, hadam, simpan.

“Mentang-mentanglah neraka tu tak boleh dilihat sekarang, kita ikut sedap mulut aja main-mainkan nama tersebut.

“Neraka is back ya’ll, carilah saya di neraka, neraka pun okay, panas-panas gitu. Mulut tu jangan lancang sangat. Buka Al-Quran, baca dan ambil tahu neraka itu apa, tempat untuk siapa.

“Kalau kita ada terasa dengan orang yang meng’neraka’kan kita sekalipun, jangan sampai kita mempermainkannya.

“Orang yang tak kisah masuk nerakan ini iblis dan syaitan ja. Orang yang ada sekelumit iman di dalam jiwa, paling tidak dia tak kan mahu pengakhirannya di neraka.

“Dosa kita menggunung tinggi seluas langit dan bumi pun ALLAH SWT sudi ampun kalau kita bersungguh-sungguh bertaubat, berusaha memperbaiki diri, ada insaf dan kesal.

“tapi kalau neraka pun dibuat main, insaf dan kesal dan datang ikut celah mana? Bacalah As-Sajdah ayat 12, moga ada keinsafan di dalam diri.

“Orang me’neraka’kan kita tu dah salah, tapi kalau kita jawab dengan tambah kesalahan juga, tak ada maknanya.

“Selagi nafas masih ada, bertaubat dan kembalilah,” kongsinya.

Baca, Hadam , Simpan

A post shared by Nazrief Nazri (@nazrief_nazri) on

Haa..amek kau! kan dah panjang lebar kena ceramah. Pada MH, bagus juga perkongsian tersebut. Sebagai orang Islam, kita haruslah saling tegur-menegur antara satu sama lain.

IKLAN

‘Orang Yang Tak Kisah Masuk Neraka Ini Iblis & Syaitan Ja ‘ – Nazrief Nazri Berang Orang Memperlekehkan Perkataan ‘Neraka’!

IKLAN

MH juga memang ‘love’ cara teguran tersebut sebab tiada unsur membawang, terus kepada nasihat dan mesej sampai kepada mereka yang membaca.

sumber: IG Nazrief

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI