Pelakon dan pelawak, Ammar Titan akui kini agak selektif dalam soal pemilihan tawaran kerja selaku anak seni.
Menurut Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan, dia kini mahu memastikan sesebuah tawaran itu berbaloi untuk diterima sesuai dengan pengalaman dan kebolehannya.
“Saya bukan memilih karya. Namun, saya perlu ambil kira sama ada tawaran tersebut berbaloi atau tidak.
“Dahulu mungkin saya terima apa sahaja jenis tawaran, tapi kini walaupun saya bukan nama besar, saya kena pastika ia berbaloi.
“Penontan hanya nampak apa yang keluar di tv sahaja. Sebaliknya, ada minyak kereta yang harus dibayar, usaha dan masa yang dihabiskan,” katanya kepada MH.
Bekas penyampai radio Hot FM itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Siapa Buka Lampu yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ads
Pada masa sama, Ammar turut memaklumkan selain bergelar anak seni, dirinya juga kini sudah pun menceburi bidang insuran.
“Ya, saya kini ejen insuran. Pada akhirnya, saya yang bayar bil saya sendiri, orang yang bercakap tidak akan membayar bil-bil saya. Melainkan mereka berikan saya tawaran kerja.
“Saya buat perkara yang harus saya lakukan,” katanya lagi.
Katanya, meskipun mempunyai reputasi sebagai selebriti, Ammar memaklumkan pekerjaan sebagai ejen insuran ini mempunyai cabaran yang tersendiri.
Ads
“Mudah atau tidak itu perkara subjektif. Bila bercakap soal insuran ini, ini turut berkait dengan kepercayaan.
“Mungkin orang sudah percaya saya sebagai seorang pelakon dan pelawak tapi mereka belum percaya saya sebagai seorang yang menguruskan kewangan.
“Saya suka pekerjaan ini kerana dapat bantu orang. Saya boleh bagi mereka jalan penyelesaian terhadap masalah mereka,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ammar menjelaskan dirinya tidak mempuyai masalah untuk membahagikan masa melaksanakan dua pekerjaan ini.
Ads
“Kerja ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Ketika aktif berlakon dahulu, ada juga tempoh yang kita tidak bekerja langsung.
“Jadi, kini saya boleh bahagikan masa. Bila kerja melibatkan lakonan dan pengacaraan, saya akan fokus. Bila saya lapang, saya boleh buat kerja insuran pula,” akhirinya.
Terdahulu, Amar merupakan antara tunjang utama filem Siapa Buka Lampu bersama-sama barisan pelakon seperti Qasrina Karim, Gheetha Ammasee, Issey Fazlisham dan Gesya Shandy.
Filem seram komedi ini merupakan karya gabungan tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia daj Thailand.
Siapa Buka Lampu yang diarahkan oleh Reka Wijaya ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Julai ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Reen Rahim menyelar sikap segelintir pihak yang berterusan mengecam rakan selebriti, Sweet Qismina gara-gara beberapa kesilapan yang dilakukan ketika mengacarakan program Kemuncak Bintang Kecil 2023 baru-baru ini.
Menurut Reen, situasi seperti ini sememangnya biasa berlaku dan akan menjadi pengajaran berguna buat para anak seni untuk mengembangkan lagi kerjaya mereka.
“Tak pernah la netizen ni nak bagi peluang. Kau ingat semua keluar-keluar perut terus pandai ke?
“Nak jadi hebat kena lalui fasa-fasa ini. Percayalah, selepas dia lalui fasa nervous ini, pada masa hadapan dia akan bangkit dengan lebih hebat,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan pelakon berusia 34 tahun itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.
Lantaran itu, Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim menasihati Sweet agar tidak menjadikan komen negatif netizen sebagai punca untuk patah semangat atau mengalah.
“Adik Sweet Qismina, persetankan mereka yang condemned kau dik. Diorang yang cakap negatif itu yang sebenarnya loser.
“Yang sudah berjaya, pasti mereka nampak kekuatan adik dan akan berikan sokongan.
“Teruskan melangkah dan sentiasa berada dalam keadaan gembira,” ujarnya lagi.
Sejak semalam, nama Sweet hangat diperkatakan netizen susulan kesilapannya ketika mengumumkan nama pemenang selain masalah teknikal yang menyebabkan berlakunya kekeliruan ketika acara sedang berlangsung.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman telah mengambil tanggungjawab diatas insiden tersebut dengan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada juara dan naib juara Bintang Kecil 2023 itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Nynaa Harizal yang selamat melangsungkan majlis pertunangan pada Sabtu lalu bersama pasangannya yang juga usahawan dan pengarah kewangan, Fahmi Ilyas,29.
Menurut Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal, 25, dia dan pasangan sepakat memilih 21 Ogos 2021 sebagai tarikh bahagia setelah perancangan awal untuk bertunang terpaksa ditangguhkan hampir tiga bulan.
Ia disebabkan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang yang berlarutan disebabkan pandemik COVID-19.
“Oleh sebab kekangan musim pandemik ini, kami bersetuju untuk hanya melangsungkan perkara yang wajib saja. Adalah sedikit rasa terkilan kerana kami sudah berbincang dengan pihak perancang majlis.
“Namun apa yang penting, urusan pertunangan telahpun selesai,” kata pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu menerusi Remaja.
Majlis pertunangan telah dilangsungkan di kediaman keluarga belah perempuan dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.
Tidak menolak untuk mengakhiri zaman bujang dalam waktu terdekat, pelakon drama Madam E-Wallet ini bagaimanapun percaya kepada jodoh.
“Nynaa sudah bersedia dan begitu juga dengan si dia. Kadangkala, macam ada rasa tidak percaya juga Nynaa akan berkahwin pada usia semuda ini. Itulah dinamakan jodoh.
“Nynaa harapkan doa dari kalian agar segalanya berjalan lancar dan doakan agar kami berbahagia,” katanya.
Pasangan sama cantik sama padan ini saling mengenali kira-kira tiga tahun lalu, dan Fahmi disifatkan Nynaa sebagai lelaki yang menghormati orang lain serta mudah mesra.
Tambahnya lagi, Fahmi turut menyokong dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon serta tidak mempunyai masalah sekiranya Nynaa ingin terus bergiat aktif dalam dunia lakonan selepas berkahwin nanti.
Malah beberapa foto sekitar majlis turut dikongsikan bintang cantik ini.
Terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan satu-satunya anak perempuan, Qadejah El Zahra, Datin Seri Shahida memaklumkan, anak gadisnya itu ialah insan paling sibuk bertanya perihal keadaaan si ibu yang sarat hamil.
Malah isteri kepada Aliff Syukri ini menambah, dia adalah orang yang bertanggungjawab menbancuh susu dan mengambil air untuk beri si ibu makan ubat setiap malam.
“Anak dara saya…..bila pregnant qadejah orang yg paling sibuk akan tanya saya hari2 dah makan ubat dah minum susu,mama ok pening x nak picit x ?.
“Malam-malam dia akan bancuh susu utk saya,ambik kan air nak makan ubat…dia pun harap2 la selalu dapat girl katanya.
“Rupanya anak perempuan ni dia caring lain mcm kan…kalau anak lelaki dia sibuk nak bergusti je….sayang tu sayang juga tapi versi lelaki la.
“Mudahan ada rezeki dapat baby girl lepas ni. lepas tu mama dah boleh tutup kilang. boy dah ramai tapi kalau rezeki boy juga Alhamdulillah….rezeki juga tu,” luahnya.
Sedang diulit bahagia, pelakon Siti Hariesa tidak menafikan dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan hati yang masih dirahsiakan.