Lalu, posting yang sudah pun mendapat lebih 14,000 tanda suka itu turut dihujani dengan pelbagai komen peminat dan rata-ratanya turut bersetuju dengan apa yang dikongsikan pelakon ini.
Dalam ramai yang suka, pasti akan ada yang tak berapa suka kan kita kan?
Ads
Foto: Instagram Zara Zya
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Haru biru laman Instagram Ernie Zakri apabila setiap foto yang dimuatnaik pasti akan dianalisa oleh teman duet, Syamel.
Apa sahaja latar foto akan dijadikan bahan untuk ditulis diruangan kapsyen.
“Red ? Lots of red colours.. pada pandangan saya, gambar ini menceritakan tentang memang banyak warna merah tetapi akan ada satu yang lain dari yang lain.. so awak interpretasi kan melalui warna merah di bibir awak? Right
“Such a magnificent way of thinking and secret brain!,” tulisnya.
Malah, sikap lucu penyanyi Lebih Sempurna ini makin menjadi-jadi sehingga Anuar Zain, pakcik saudara kepada Ernie turut terkejut apabila dikatakan Ernie telah membeli rumah.
“Adakah gambaran ini menunjukkan anda akan memiliki rumah sendiri nanti? Omg full of misteri lah gambar awak.”
Dan disoal kembali oleh Anuar Zain, “Eh!? Siapa beli rumah!???”
Bila berkata soal pasangan artis yang bercinta, banyak pasangan artis bercinta menjadi perbualan netizen oleh kerana kehangatan percintaan mereka.
Bukan itu sahaja, ada juga pasangan artis yang manis sahaja apabila digandingkan bersama.
Jom kita tengok Top 5 Pasangan Artis Yang Hangat Bercinta!
1.Zahirah Mcwilson & Aiman Hakim Ridza
Zahirah dan Aiman telah mengumumkan mereka sedang bercinta pada hujung tahun lepas. Rata-rata netizen gemar dan gembira melihat gandingan pasangan ini kerana keserasian mereka berdua. Malas netizen juga turut merasakan pasangan ini sangat cocok kerana sama kacak dan cantik apabila bersama.
2.Fasha Sandha & Aidil Aziz
Pasangan kekasih yang dikatakan sangat hangat bercinta. Fasha dan Aidil telah mula menjalinkan hubungan perkenalan pada dan selepas itu pasangan ini telah membuat keputusan untuk ke tahap yang lebih serius dalam hubungan mereka. Lalu pasangan ini telah bertunang pada dan dijangka akan mendirikan rumah tangga pada awal Mac 2019.
3.Zara Zya & Hafreez Adam
Pasangan pelakon berbakat besar ini dikhabarkan telah menjalin hubungan percintaan pada April tahun lepas. Zara dan Hafreez pernah menjadi perbualan netizen suatu ketika dahulu kerana berlaku sedikit perselisihan faham antara kedua dua pelakon tersebut.Namun semuanya telah kembali seperti biasa. Hafreez juga dikhabarkan merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Zara pada tahun ini.
4.Julia Farhana & Erwin Dawson
Julia dan Erwin telah menjalinkan hubungan percintaan pada Julai tahun lepas. Rata-rata netizen gemar melihat keserasian dan kemesraan pasangan ini apabila bersama. Namun dikhabarkan pasangan ini menghadapi masalah perselisihan faham.Oleh itu pasangan ini telah membuat keputusan untuk berpisah pada Nov tahun lepas. Kita mendoakan yang baik baik sahaja untuk pasangan ini.
5.Nazmi Adhwa & Ardell Aryana
Pasangan pelakon ini menjalinkan hubungan teman tapi mesra pada 3 tahun lepas. Pasangan ini selalu mendapat pujian netizen kerana melihat keakraban dan kemesraan persahabatan mereka berdua. Malah netizen turut mendoakan supaya pasangan ini mendirikan rumahtangga secepat mungkin namun jawapan pasangan ini katanya masih lagi belum bersedia. Nazmi dan Ardell juga telah menjalankan perniagaan tudung dan niqab bersama sama.
Foto : Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Susulan posting video Zarina Anjoulie yang mengaitkan nama Ifa Raziah berkaitan dengan konflik yang berlaku antara Zarina dan bekas teman lelakinya di Instagram baru-baru ini, Ifa Raziah tampil memberikan reaksi.
Ditanya sama ada dia tahu atau tidak berkenaan dengan isu tersebut kembali diperkatakan, Ifa memberitahu dia tidak begitu mengenali Zarina.
“Sebab saya tak kenal dia, saya tidak tahu dia siapa, artis ke tidak. Jadi penting ke untuk saya tahu apa yang dia cakap? Bagi saya benda tu tidak menjadi hasil buat saya, rasaya tak perlu ambil tahu kot.
“Kalau kita melayan orang yang bersikap begitu, kita pun akan sama level dengan dia. So level i lebih high class daripada dia. Jadi tak perlu nak layan orang-orang yang berfikiran negatif.
“Jadi kita postifikan diri kita, kena terus maju. Bukan memporak-perandakan hidup oran lain,” katanya kepada MH.
Ifa ditemui sejurus hadir menyokong rakan industri yang bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-33 malam tadi.
Terkini, Ifa bersama suami dan anaknya telah pun berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah buat pertama kali hari ini.
Sama ada apa yang berlaku menjejaskan fokusnya dalam menunaikan umrah, Ifa memberitahu perkara itu tidak berlaku.
“Alhamdulillah tak ada. Tidak menjejaskan saya. Lagi nampak ‘lambaian kaabah’ tu memanggil-manggil untuk saya ke sana,” jelasnya ringkas.
Foto: Instagram Ifa Raziah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.