Penyanyi Hazama meluahkan rasa geram dan kecewanya berikutan insiden seorang bapa menetak anaknya yang berusia lima tahun sehingga mati baru-baru ini.

Hazama menyifatkan individu tersebut seperti tidak bersyukur terhadap rezeki dan amanah yang telah tuhan berikan serta telah mengguris perasaan individu yang mengimpikan untuk memiliki cahaya mata.

“Orang tersebut memang bodoh! Minta maaf saya bercakap. Baik dia bagi anak dia dekat saya.

 

“Itu antara orang yang tak bersyukur terhadap rezeki dan amanah yang tuhan berikan kerana individu tersebut terlalu ‘sellfish’ memikirkan tentang diri dia sahaja,” katanya ketika ditemui sejurus membuat persembahan di Hotel Empire Subang di majlis Penyampaian Hadiah Versus 1001 Rasa Baba’s 2

Menerusi program terbitan TV3 itu, Chef Khadijah Kamal telah diumumkan sebagai pemenang segali gus membawa pulang hadiah utama berjumlah RM 10,000 ringgit.

IKLAN

“Orang Tersebut Memang Bodoh,”- Hazama

“Orang Tersebut Memang Bodoh,”- Hazama

IKLAN

Sementara itu, ketika ditanya bagaimana Hazama berdepan dengan segelintir masyarakat yang bertanyakan isu anak, ini jawapan yang Hazama berikan.

“Sejujurnya saya tidak stress belum dikurniakan anak, saya cuma stress dengan soalan yang mereka berikan. Bagi saya yang bertanya itu adalah orang yang tidak percaya kepada takdir dimana rezeki dan ajal maut itu semua ditangan tuhan.

 

“Saya tak stress langsung, yang stressnya adalah orang yang stress saya takda anak. Saya pon tak faham.

 

“Ketika ini saya sedang menikmati kehidupan saya dimana saya tak perlu stress pasal anak dan saya juga boleh meluangkan masa bekerja dan spent quality time bersama isteri saya,” katanya lagi.

Tambah Hazama, belum dikurniakan anak juga merupakan satu nikmat dan kelebihan yang dia miliki berbanding orang lain.

IKLAN

Terdahulu, Hazama telah melansungkan perkahwinannya bersama pemusik, Genervie Kam pada tanggal 15 Januari 2017 dan sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Foto:Instagram & Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI