Seringkali menunjukkan wajah yang ceria, kelakuan yang lincah membuatkan orang ramai tertanya-tanya adakah penyanyi, Elyana benar-benar mempunyai sakit kanser limfoma tahap 4.

Bagi Elyana sendiri, dia mempunyai sebab mengapa bersikap sedemikian biarpun menyedari bahawa akan ada orang yang mempertikaikan tindakannya itu.

‘Orang Tengok Saya Macam Tak Sakit Tapi…’ -Elyana

IKLAN

“Sebenarnya, yang orang tak tahu…sepanjang hidup saya, macam ini sahajalah perjalanan hidup saya.

“Lepas satu-satu perkara datang, 2 hari elok bernafas, sakit lain pula datang. Keadaaan berterusan sepanjang 6 hingga 7 tahun.

“Mungkin sebab itu orang tak percaya bila saya cakap saya sakit sebab nampak macam okay sedangkan sebenarnya saya dah kebal, dah lali.

“Perkara itu dah jadi separuh daripada diri saya, oleh itu, saya dah tak anggap saya sakit tapi sebagai kehidupan saya,” luahnya kepada Media Hiburan.

Elyana yang ditemui ketika tayangan perdana filem Dukun di KLCC tempoh hari kelihatan tenang berkongsi mengenai kesihatannya bersama media.

IKLAN

‘Orang Tengok Saya Macam Tak Sakit Tapi…’ -Elyana

IKLAN

Sementara itu, Elyana turut melahirkan rasa kesal apabila berkongsi keadaan kesihatannya kepada umum.

“Dulu saya stress sebab menyembunyikan sesuatu daripada orang tapi sekarang stress lain pula sebab pandangan dan persepsi orang.

“Kadang-kadang saya menyesal sebab bagitahu orang. Tapi itulah, saya belajar bahawa hidup ni ke kanan salah, ke kiri pun salah jadi buat je perkara yang gembirakan diri kita.

“Cuma kadang-kadang tak tahan sangat tu yang keluar luahan perasaan kat Instagram story,” katanya lagi.

Setakat ini, MH difahamkan bahawa Elyana menghentikan seketika rawatan chemotherapy untuk kansernya dan bergantung pada ubat sahaja.

“Sebab saya henti bukan sebab menentang chemotherapy cuma saya ingin timbulkan kenangan indah untuk orang-orang terdekat saya.

“Sebab kalau buat rawatan itu, saya akan lemah dan terbaring sahaja, sebab itu bergantung pada ubat-ubatan dan emosi sahaja sekarang ini,” jelasnya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI