“Orang Tak Suka Ubat, Kena Bagi Orang Lain Makan Ubat,” – Agak Mencabar, Elfira Loy Kongsi Cara Bagi Anak Makan Ubat

Share

Pelakon, Elfira Loy mengakui tugas untuk memberikan anaknya ubat sememangnya merupakan antara rutin yang agak mencabar lebih-lebih lagi apabila harus dilakukan secara berseorangan.

Menurut Elfira, setiap langkah harus disusun dengan betul demi keselesaan anaknya itu.

Katanya lagi, langkah-langkah yang dikongsikan itu juga merupakan saranan daripada pihak doktor.

“Bila kena bagi Rayyan makan ubat sorang sorang ni, memang kena perketatkan permainan kita sebagai seorang ibu.

“Pertama, balut dia dan lift his head a bit. Kedua, duduk atas dia bagi tangan tak gerak (jangan duduk betul pulak).

“Ketiga, pegang muka dia kuat kuat.
Keempat, bagi dia nganga, spray ubat near to the throat. (Near tu maksudnya dekat ye ibu ibu bukan pada)

“Cara ini jugak didemostrasikan oleh doktor. Sekian terima kasih,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Elfira menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, tugas ini menjadi agak mencabar buat dirinya memandangkan dia juga merupakan seorang yang kurang gemar untuk memakan ubat.

“Fuhhh mommy setiap kali bagi ubat , bukan sebab dia tapi sebab kaki mommy memang akan auto lemah bila tengok ubat. So ni memang cabaran paling mencabar .

“Orang yang tak suka ubat , kena bagi orang lain makan ubat,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga anaknya itu kembali sembuh seperti sedia kala.

“Normal. Bila dah mak mak, kita akan jadi macam tu.

“Sempat smile to the camera. Cute la Rayyan. Cepat sihat ya handsome boy.

“Kena try cara ni juga la. Thank you sebab share.

Thanks El for the tips,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Terdahulu, semalam, Elfira memaklumkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf telah mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-paru selepas menjalani pemeriksaan di hospital.

Anaknya itu juga dikatakan turut mengalami demam serta batuk dan selesema sejak beberapa minggu lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan.

Sumber: Instagram Elfira Loy

IKLAN