“Orang Tak Nampak Adalah Bau Yang Kurang Menyenangkan,” – Kata Ameera Zaini, Sosial Media Dan Realiti Jauh Bezanya!

Share

Sekeping foto berlatarkan mercu Eiffel Tower tidaklah gah seperti yang dilihat mata sendiri.

Ulas pengacara Ameera Zaini, realitinya jauh berbeza daripada apa yang terlihat di laman sosial.

Untuk sekeping foto Insta worthy seperti ini, kata ibu kepada seorang anak ini, dia terpaksa menahan bau yang kurang menyenangkan dan suami yang sentiasa diganggu gelagat anak sewaktu merakam foto.

Namun itulah realiti di sebalik sekeping foto.

A reminder to myself. Apa yang kita nampak di social media adalah apa yang kita pilih untuk share/tengok.

“Realitinya jauh lebih berbeza dari kehidupan sebenar. Contohnya di sebalik gambar Meera macam syok je kat Eiffel tower ni, yang orang x nampak adalah bau yg kurang menyenangkan, photographer (husband) tengah kena tarik2 dengan anaknya.

“And hati Meera sendiri tengah dup dap dup dap tengok sekeliling sebab risau dengan itu ini. Orang tak tahu sebab Meera tak tunjuk,

” tulisnya.

Pada masa sama, wanita ini turut memberi peringatan kepada diri sendiri agar mengambil sikap diam dari memberi komen negatif terhadap sebarang perkara.

Biasalah tu, kita akan judge benda yg kita nampak saja. Cuma bila kita nampak kekurangan, keburukan, benda yg mata kita tak suka tengok, boleh tak kita praktis untuk diam daripada kita zahirkan melalui komen negative? Pesanan untuk diri Meera sendiri.

“If you don’t have something nice to say, you shouldn’t say it at all

(wearing SarahTieBack instant scarf),” jelasnya.

Setuju dengan kenyataan positif wanita ini, netizen meninggalkan reaksi di ruang komen.

Setuju dengan kata-kata, lebih baik diam sekiranya tiada perkara baik untuk diucapkan.

Foto : Instagram Ameera Zaini

IKLAN