Mereka yang merupakan pengikut setia rancangan ‘Penggali Kubur’ tentu amat mengenali watak Tok Adi yang terkenal dengan sikap seriusnya itu.

Namun, tahukan korang bahawa di sebalik watak serius Tok Adi itu, pelakonnya, Nasir Bilal Khan merupakan seorang yang suka ‘berlawak’ dengan kawan-kawannya?

IKLAN

‘Orang Selalu Tengok Saya Ni Serius, Sebenarnya Saya Suka Berlawak’ – Nasir Bilal Khan

Dalam kesempatan MH bertemu dengan Nasir semalam untuk Sidang Media Bocey & Friend Live di Comedy Planet, dia sempat berkongsi beberapa perkara dengan media.

IKLAN

“Orang selalu tengok saya ni serius dalam lakonan, watak pun berat-berat tapi sebenarnya saya suka berlawak dengan kawan-kawan.

“Sebab saya percaya bahawa dengan bergurau dengan kawan-kawan, hubungan itu boleh jadi lebih erat, sebab tu suka nak berlawak dengan rakan-rakan.

“Begitu juga jika di set penggambaran, di luar kamera saya akan cuba berlawak dengan orang sekeliling,” katanya.

Yalah, kalau lihat muka Nasir yang sentiasa serius tu, tentu orang akan was-was kan? Tapi dalam pertemuan MH dengan dia semalam, tidak dinafikan bahawa pelakon tersebut memang mudah untuk didekati.

‘Orang Selalu Tengok Saya Ni Serius, Sebenarnya Saya Suka Berlawak’ – Nasir Bilal Khan

IKLAN

Sementara itu, Nasir teruja dapat menjadi sebahagian kecil daripada program Bocey & Friends Live ini.

“Lepas kolaborasi saya dengan Shiro dalam Maharaja Lawak Mega, sememangnya saya teruja dan ingin mencuba lagi bidang komedi ini.

“Bila ditawarkan untuk program bersama Bocey, sememangnya saya teruja namun apa yang penting buat saya ialah matlamat. Kalau matlamat betul, tujuan betul, saya okay sahaja.

“Lagipun, kita lihat ketawa itu merupakan terapi paling baik pada manusia. Dalam sambil kita berlawak pun, boleh selitkan juga pengajaran pada umum.

“Sebab itulah saya terima tawaran ini,” katanya lagi.

Wow! perkongsian Nasir itu membuatkan MH juga turut teruja untuk menyaksikan program tersebut. Yalah, bukan senang nak lihat pelakon veteran yang terkenal dengan watak serius melawak kan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI