“Orang Pertama Yang Dapat Kiss Sebelum Anak-Anak,” – Sweetnya! Ozlynn Cerita Perangai Sebenar Johan

Share

Isteri kepada Johan iaitu Ozlynn meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan penyanyang.

Kongsi Ozlynn atau nama lengkapnya Rozlinawaty Ismail, Johan sentiasa memahami kehendaknya dalam apa juga keadaan,termasuk makanan kegemaran.

“Org pertama yg dpt kiss sblm anak2. dia ckp dia rindu kita banyak2.. kita x caya.. tp bila dia bawak kita g pasar malam n belikan makanan fav kita putu mayam.. popia basah.. buah kundang ok cukup! kita dh bahagia..

“Kita tau dia sayang n rindu kita.. ok jap eh… dia baru lepas siku kita.. dia ckp “ u sengeh2 dgn sape?? Hp penting ke i penting??

“Guys!! For sure aku habaq dia lg penting..sambil tgn aku laju dok menaip.. post dulu sat.. pastu siap dia kita lipat. ok janji!! Last ok papa.. i sayang u tauuu.. tauuuuu,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, netizen mendoakan agar hubungan mereka kekal selamanya.

Terdahulu, Ozlynn dan Johan berkahwin pada Julai 2009.

Mereka dikurniakan lima orang cahaya mata, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.

Foto : Instagram Ozlynn

IKLAN