“Orang Perlihh Ni Memang Sweet Ke?,” – Wow! Dah Tak Solo Lagi, Joy Revfa Dah Berani Tayang Boyfriend?

Share

Usahawan Kosmetik, Joy Revfa akhirnya mendedahkan identiti jejaka yang kini menghuni hatinya.

Menerusi laman Instagramnya, Joy berkongsi momen ‘sweet’ dia bersama teman lelakinya yang dipanggil Faiz itu.

“Cantik sgt roses ni.. pandai awak pilih & saya suka! Kenapa ada 33 kuntum red roses ni? @revfaiz.

“Tidak perlu kisah sempurna untuk kita jalani.. ketidaksempurnaan itu lah sebenarnya yg akan menyempurnakan kita.. #insyallah.

“Orang Perlihh ni mmg semua suka buat lawak & sweet ke?,” tulisnya.

Joy juga turut berkongsi bahawa teman lelakinya itu datang jauh dari utara untuk bertemu dengannya.

“Syiann org sebelah ni, dah la dari jauh datang.. kena tunggu sampai nak nangis dah tu, jap tau b @revfaiz,” tulisnya.

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang mendoakan kebahagiannya.

Tahun lalu, Joy pernah berkahwin dengan penyanyi, Hafiz Hamidun pada Mei tahun lalu namun bercerai pada Oktober tahun yang sama.

Foto/Instagram: Joy Revfa

IKLAN