“Orang Perempuan Kena Rajin Masuk Dapur,”- Pesan Shiela Rusly, Kongsi Tips Pikat Hati Mertua

Share

Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut telah memaparkan adegan Cantiq, anak kepada pelakon Johan yang sedang belajar memasak di dapur bersama Sheila.

Kongsi pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan itu dia memberi nasihat kepada netizen terutama sekali kaum wanita untuk rajin memasak di dapur.

“Orang perempuan kena rajin masuk dapur..cucu sis pagi-pagi dah menumbuk..

“Dah kahwin esuk confirm mak mertua sayangggg…,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat bersetuju dengan kata-kata perkongsian penerbit berusia 47 tahun itu.

Ada betulnya juga apa yang disampaikan oleh Sheila kepada netizen.

Gambar : Instagram Sheila Rusly

IKLAN