Selebriti popular, Noor Neelofa memohon doa yang baik-baik selepas memaklum dia kini sedang menantikan detik melahirkan anak sulungnya pada bila-bila masa.
Neelofa, 33, pada masa sama akui rasa gementar menantikan detik kelahiran bayi pertama selain bakal berkongsi berita gembira buat semua.
“Satu pengalaman yang berbeza. Insya-Allah untuk kelahiran nanti saya akan kongsi dengan semua, dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari. Dekat dah dan bila-bila masa saja.
“Tidak saya nafikan untuk melalui proses ini memang gementar. Dari segi persiapan kena belajar banyak perkara. Banyak baca buku, bertanya pada orang. Barangan ‘baby’ alhamdulillah dah siap,” katanya.
Ads
Neelofa ditemui pada Majlis Pelancaran Perisa Baharu Susu Nilofa di Bayswater, KLCC, sebentar tadi.
Dalam masa sama, Neelofa juga berharap diberikan rezeki untuk bersalin secara normal.
Ads
“Insya-Allah kalau diberikan rezeki memang nak bersalin normal.
“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami.
Ads
“Terima kasih juga yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya.
Neelofa dan suami, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Adam Corrie Lee berkongsi cerita sekaligus mengimbau kembali kenangan perjalanan hidupnya setelah hampir 15 tahun memeluk agama Islam.
Menerusi video asal melalui TikTok itu, ia merakamkan momen bersama isteri, Fazima Mohd Fuad bersama anak mereka, Adam Fateh.
“Bukan mudah untuk kembali ke jalan yang lurus. Kembali kepada fitrah kembali kepada Islam pada usia hampir 40 tahun.
“Temui jodoh juga di usia lewat pada usia 40 tahun. Dapat zuriat selepas 10 tahun. Cepat atau lambat bukan hal yang utama. Yang penting doa usaha & tawakal.
“Qanaah, asal punya rasa cukup Hidup ini pasti indah Senyum selalu. Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie,” tulis bintang KL Gengster ini pada ruangan kapsyen.
Pasangan pengantin baru, Datin Seri Heliza Helmi,36, dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman,38, sekali lagi diraikan di dalam satu majlis istimewa, Sabtu lalu.
Acara tersebut telah dilangsungkan di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor dan majlis tersebut sebenarnya telah anjurkan rakan baik, Mila Jirin sebagai hadiah buat rakan baiknya itu.
Mengambil tema ‘Malam Islamik’, majlis turut meraikan simbolik 15 tahun ukhuwah serta persahabatan di antara Mila dan Heliza.
Terdahulu Heliza, mengakhiri zaman bujang pada 1 Januari lalu dengan suaminya yang juga ahli perniagaan, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Heliza atau atau nama penuhnya, Nur Heliza Helmi pada mulanya agak keberatan untuk menerima hadiah berkenaan. Namun mengalah mengenangkan persahabatan mereka yang sedia terjalin sejak sama-sama menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5).
“Selesai majlis pernikahan dan resepsi, saya dan suami tak ketinggalan diraikan teman baik yang bersungguh-sungguh menganjurkan beberapa majlis. Mila sendiri tak ketinggalan. Dia memang berniat sekian lama. Kalau saya kahwin, mahu diberikan hadiah majlis persandingan.
“Dia sendiri siapa tak kenal memang ‘tauke majlis kahwin’ sejak tahun 2013 selepas tak lagi fokus dalam dunia seni. Masa dia suarakan hasrat itu, saya terkejut. Malah bertambah segan kerana hadiah itu terlalu besar nilainya.
“Tapi dia bersungguh sungguh nak juga memenuhi niat terbuku itu. Akhirnya saya ‘tewas’. Lantas saya pun teringat Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menolak hadiah pemberian sahabatnya.Saya pun ikut sunah Nabi dengan menggembirakan Mila,” katanya.
Malah Heliza yakin Mila dan perniagaan perkahwinannya menjadi asbab untuk terus mengerat dan menyatukan silaturahim sesama insan.
“Penerimaan dan persetujuan hadiah itu juga membuka ruang dan harapan kepada tetamu yang datang majlis itu sama sama berkongsi kegembiraan dan keberkatan.
“Saya yakin hadiah itu ibarat susun atur Allah Taala menerusi Mila untuk diri ini. Dapat juga rezeki sahabat dan insan lain saya kenali datang ke majlis. Termasuklah teman dan tenaga pengajar AF5.
“Majlis Maulid juga diadakan seperti sebelum ini bertujuan memuliakan Nabi SAW. Turut diadakan majlis bacaan Al Quran serta perkongsian ilmu bermanfaat daripada golongan asatizah,” katanya.
Heliza pada masa sama turut berkongsi soal hubungan di antara mereka berdua dan bersyukur mereka dipertemukan.
“Mila cukup bernilai, Masya-Allah. Saya ini tiada apa apa. Dia sangat hebat, baik, solehah dan segala serbi lengkap. Tuhan mempertemukan kami di AF5. Kami akrab walaupun tak sentiasa berhubung dan bersua.
“Namun hubungan dalam hati itu tetap mekar. Kami kalau ada kesempatan akan berkongsi pelbagai cerita. Termasuklahberborak fasal zaman dan kenangan dulu,” katanya.
Heliza yang mesra dengan sapaan Kakja rupanya sebelum ini pernah menerima mesej pertanyaan Abang Dee (suami) di Instagram (IG) mengenai bantuan kemanusiaan yang ingin disalurkan.
“Saya ketika itu sudah terbabit dengan aktiviti pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO). Mesej itu sebenarnya cukup rawak. Macam orang lain mesej tanya mengenai bantuan mahu diberikan dan sebagainya. Saya membalas pertanyaannya seperti orang lain juga.
“Momen itu berlalu sepintas lalu tanpa ada sebarang pertemuan. Selepas itu tiada apa apa pun terjadi. Malah masing masing meneruskan kehidupan macam biasa. Dijadikan cerita saya dapat tahu dia mahu menunaikan umrah.
“Jadi saya pula jenis yang selamba akan mengirimkan doa untuk dipanjangkan di Tanah Suci Makkah. Saya turut mengirimkan doa melaluinya.
“Saya jenis yang akan kirim doa kepada sesiapa termasuk mereka yang tak dikenali seperti netizen. Kita pun tak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Tuhan,” katanya.
Ungkap Heliza lagi, salah satu doa yang dikirimkan kepada Abang Dee termasuklah perihal jodoh.
“Doa jodoh itu dipanjangkannya di depan Kaabah. Pada ketika detik itu juga, bagai hadir isyarat yang jodoh tertulis antara kami .
“Dipendekkan cerita, dia bertemu keluarga untuk menyunting saya. Seterusnya Allah lorongkan semua itu ke satu ikatan ijab kabul,” katanya.
Ditanya mengenai Abang Dee yang juga pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan, Heliza dengan rendah hati mengakui sukar mengungkapkan gambaran itu dengan kata kata.
“Sesuatu mengenai dirinya yang susah nak diterangkan dalam satu perkataan atau baris ayat.
“Dia… Masya-Allah, Subhanallah, Alhamdulilah. Dialah syurgaku. Saya bersyukur dikurniakannya. Moga mudah mudahan doa rumah tangga kami sampai ke jannah,” katanya yang turut menyifatkan isteri sebagai wanita yang boleh hidup bersamanya sampai bila-bila.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Bizmilla Wedding Centre
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar berbesar hati apabila berpeluang bersaing di atas pentas sama dengan dengan komposer dan penyanyi muda cukup berbakat pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36), pada Sabtu.
Meski lagu nyanyiannya, Tanpa Rela gagal lolos dalam senarai 12 finalis Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), Misha yang turut menjadi komposer bersama di dalam lagu tersebut, menyifatkan apa yang dilalui menjadi pemangkit semangat untuk terus memberikan yang lebih baik selepas ini.
“Tahniah buat 12 lagu yang telah mara ke AJL 36. Alhamdulillah, semalam Kak Mitch berpeluang berkongsi pentas dengan sekalian anak-anak seni yang berbakat dalam industri muzik kita.
“Meskipun lagu ciptaan Kak Mitch bersama @szewankenobi @zhusni dan @slenfadzil tak berjaya ke AJL 36, tapi percubaan kali ini meskipun gagal, tetap akan jadi pembakar semangat yang baik untuk kak Mitch menimba lebih banyak ilmu dalam nyanyian dan bidang penciptaan lagu.
“InsyaAllah… Doakanlah mudah-mudahan kak Mitch boleh cipta lagu yang lebih baik dan berkualiti di masa akan datang,” tulisnya di Instagram.
Bintang berusia 39 tahun itu pada masa sama turut menitipkan penghargaan buat semua pihak.
“Terima kasih buat kawan-kawan kak Mitch semua yang telah mengundi Tanpa Rela di carta mingguan Muzik-Muzik sehingga mara ke Semifinal Muzik-Muzik 36.
“Terima kasih juga kepada pihak TV3 di atas platform yg diberikan untuk kami semua pertaruhkan karya-karya seni kami dari semasa ke semasa.
“Terima kasih juga kepada pihak Sony Music @sonymusic_malaysia kerana percaya dengan lagu pertama ciptaan Kak Mitch utk diketengahkan. Can’t wait for AJL36. Awak sokong siapa?,” tulisnya lagi.
Semalam, 12 buah lagu berjaya layak ke AJL36 iaitu Mimpi (Haqiem Rusli), Sepi (Aina Abdul), Purnama (Naim Daniel), Lara (Haqiem, Naim, Hael Husaini) dan Nafas Cinta (Aina dan Khai Bahar).
Enam lagu lain yang turut diumumkan termasuk Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Salahku (Yonnyboii), AEWO (Shiha Zikir), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Milan).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...