“Orang Beli Beg Tangan Saya Untuk Saya Beli Beg Tangan Gucci?,” – Amboi Sedapnya Mulut, Che Ta Tempelak Netizen Bawang!

Share

Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta menempelak dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan keuntungan dari bisnes beg yang diusahakannya digunakan bagi membeli koleksi jenama mewah.

Menurut Che Ta seperti yang ditulis menerusi Instagram, dia sudah mempunyai pelbagai koleksi beg tangan sejak sekian lama, malah sebelum mengeluarkan beg atas jenama sendiri.

Malah, kandungan perkongsian Che Ta antara lain turut menyebut dia mempunyai pelbagai koleksi beg dari pelbagai harga, kualiti dan rekaan.

Sekaligus, dia mempunyai banyak pengalaman apabila bercakap mengenai beg tangan.

Che Ta pada masa tidak akan berputus asa, sebaliknya terus cuba berkongsi manfaat dengan wanita di luar sana.

“Saya tak kan putus asa, saya akan terus beri manfaat kepada wanita-wanita yang teringin sangat nak pakai handbag berkualiti tapi harga berpatutan,” tulis Che Ta panjang lebar.

Terdahulu, Che Ta sebelum ini turut mendedahkan beberapa tips pemilihan beg tangan menerusi Instagram.

Foto: Instagram Che Ta

IKLAN