“Orang Akan Mengabaikan Perkara Ini,”- Lagu Tik Tok Dimainkan Dalam Radio, Aepul Roza Beri Pendapat

Share

Tidak dinafikan, pengaruh aplikasi hiburan Tik Tok semakin mendapat perhatian daripada pengguna media sosial.

Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza ada meluahkan pendapat mengenai pengaruh aplikasi ini yang kini semakin berleluasa.

Menurut Aepul atau nama sebenarnya Noor Syaiful Mohd. Zalaludin, dia meluahkan rasa kesal apabila hampir kesemua lagu Tik Tok dimainkan hampir di kesemua stesen radio tempatan.

Malah, suami kepada pelakon Leez Rosli menyifatkan perkara tersebut sebagai satu tindakan negatif dan memberikan kesan yang buruk terhadap industri muzik tempatan.

“TikTok menguasai radio. 80% senarai lagu. Ianya. Dari. Tik tok.

“Dan orang akan mengabaikan perkara ini. Kerana, apa yang mereka peduli? Mereka berasa seronok.,” tulisnya menerusi akaun Twitter miliknya.

Di samping itu, netizen turut memberi reaksi yang pelbagai terhadap perkongsian penyanyi berusia 32 tahun itu.

Foto: Twitter Aepul Roza

IKLAN