
Hari Raya kedua kekal disambut meriah, termasuk golongan selebriti yang turut tidak melepaskan peluang berkongsi busana raya di platform Instagram masing-masing.
Jika sebelum ini kami paparkan 10 bintang bergambar bersama yang tersayang, kali ini dibariskan pula 12 artis kita yang ber’OOTD’ sendiri.
Biar masih bujang, namun sambutan raya bersama keluarga pun pastinya kekal meriah, tak gitu?
Dafi Ismail
Hun Haqeem
Mimi Lana
Atiq Azman
Raysha Rizrose
Chacha Maembong
Ruhainies
Aedy Ashraf
Ara Johari
Aina Abdul
Dayang Nurfaizah
Janna Nick
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Tahniah diucapkan kepada pelakon Sheera Iskandar yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, kira-kira 7.31 malam, 22 Mei lalu.
Khabar berita itu dikongsikan oleh suaminya, Mohd Halim Abd Ghani menerusi platform akaun media sosial Instagram aktres berkenaan.
“Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi segala puji bagi Allah yang maha Esa.
“Isteri Saya Sheera selamat melahirkan Puteri Kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs,” tulisnya.
Suami kepada pelakon drama Janji Diana ini menitipkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan buat isterinya.
“Jutaan Terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, Doktor2 dan nurse2 yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri Saya yang tercinta,
“Saya amat menghargainya Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya Amin amin ya rabbal alamin#syukur #baby #sheerahalim,” tulisnya lagi.
A post shared by Tengku Sheera Tengku Iskandar (@sheeraiskandar)
Sekadar informasi, anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015, sebelum bercerai pada hujung tahun 2018.
Selepas itu, Sheera mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama suaminya, Mohd Halim Abdul Gani pada tanggal 3 Mei tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sheera Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Bintang terkenal Bollywood, Deepika Padukone telah dilantik sebagai duta baharu jenama terkenal Perancis, Louis Vuitton. Dengan pelantikannya ini, dia mencipta sejarah sebagai selebriti India pertama yang diangkat sebagai duta.
Dia dilihat sering menggayakan pakaian dan juga aksesori Louis Vuitton bahkan pada tahun 2020 dia menjadi selebriti India pertama yang menghiasi iklan jenama tersebut bersama Lea Syedoux dan Sophie Turner.
Wanita anggun ini memiliki pengalamnnya yang tersendiri dengan jenama mewah ini. Ketika ini dia mungkin boleh membeli apa sahaja daripada Louis Vuitton namun apabila mengimbau kembali masa lalu, ada cerita yang beliau kongsikan
“Apabila anda berumur 18 tahun dan baru sahaja mendapat gaji sendiri, anda tidak akan pandang ke dalam Louis Vuitton jika melaluinya kerana tahu anda tidak akan mampu untuk membelinya.
“Ada perkara yang memberikan kita aspirasi dan ada perkara yang langsung tidak terjangkau. Penglibatan saya dengan jenama ini adalah perkara kedua yang saya sebutkan tadi. Saya seorang yang sangat praktikal, pragmatik dalam realiti, tetapi saya terpaksa mencubit diri saya sendiri kerana saya tidak percaya ini benar,” ujarnya menerusi laporan CNN.
Aktres berusia 36 tahun ini yang terkenal menerusi lakonannya dalam pelbagai filem bukanlah asing bagi jenama ini. Deepika telah muncul dalam lebih 30 filem, termasuk “Padmaavat” yang merupakan salah satu filem India dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.
Dia baru-baru ini dinamakan sebagai sebahagian daripada sembilan orang juri di Festival Filem Cannes tahun ini. Seiring dengan kejayaannya sebagai pelakon, dia dikatakan dan memperoleh pendapatan dengan anggaran USD6 juta pada 2019, menurut edisi terkini senarai 100 Selebriti oleh Forbes India.
Pengumumannya sebagai duta baharu Louis Vuitton hadir selepas dia dilihat menjadi wajah muka hadapan majalah Vogue India. Menjadikan momen itu lebih menarik, Deepika menggayakan pakaian dan aksesori jenama tersebut untuk penggambaran majalah terkenal itu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kredit foto: Instagram Deepika Padukone
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Suami kepada pelakon popular, Mira Filzah, Wan Emmir Astar berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan isteri telah selamat malahirkan cahaya mata sulung mereka tepat jam 3.40 pagi tadi.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Emir menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi.
Menurut Emir, dia bersyukur kerana isteri serta anak lelakinya itu kini berapa dalam keadaan yang sangat baik ni tanpa sebarang komplikasi.
A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)
“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW.
“Isteri syurgaku Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal, bersamaan 10 haribulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi.
“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, Emir turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengirimkan doa yang baik-baik buat di sekeluarga sepanjang melayari bahtera perkahwinan.
“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini, moga segala kebaikan buat kalian semua juga.
“May Allah SWT bless and guide each and every one of us in our own personal journeys through this temporary life, aamin YRA,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Emir dan Mira.
“Alhamdulillah, berehat secukupnya Mira Filzah.
“Tahniah, tak sabar nak tengok muka baby.
“Tahniah Emir dan Mira. Selamat berpantang.
“Congrats Ma dan Pa. Semoga menjadi anak yang soleh dak berbakti kepada ayah dan bonda.
“Alhamdulillah, tahniah Mira Filzah dan suami diatas kehadiran cahaya mata sulung,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk rekod, Emir dan Mira telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 3 September 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Wan Emir Astar & Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

