“Onznya Outfit Workout Dia,” – Aina Abdul ‘All Out’ Bersenam Pakai Dress, Demi Konsert Bulan Depan!

Share

Bakal menjayakan konsert A Night With Aina Abdul 2.0 pada 25 dan 26 Jun depan, penyanyi Aina Abdul mencuri tumpuan pengikut di laman Instagram apabila berkongsikan videonya ketika sedang melakukan aktiviti kecergasan.

Berbeza dengan pemakaian biasa ke gimnasium, Aina, 29, bagaimanapun ‘melawan arus’ dengan menggenakan gaun panjang berwarna hitam ketika melakukan senaman angkat berat.

“Sempat melakukan aktiviti kecergasan di gimnasium selepas tamat waktu bekerja. Sesi hari ini terserempak dengan Syamel,” tulis Aina di ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat teruja dengan penyanyi kesayangan mereka yang sentiasa mencari masa untuk membina stamina agar memberikan persembahan terbaik pada konsertnya nanti.

Malah tidak ketinggalan mereka turut memuji penampilan penyanyi lagu Sepi itu yang tetap menjaga aurat biarpun ketika sedang melakukan aktiviti kecergasan.

“Tak perlu pakai baju ketata-ketat, baju jantung berlubang kalau nak bersenam kan. Love sangat.

“Pakai macam ni boleh jaga mata lelaki sikit.

“Okay pergi gim pakai abaya on.

“Onznya workout outfit dia.

“Okay kira boleh pakai dress la lepas ni,” komen netizen.

Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang bakal berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur merupakan kesinambungan kepada kejayaan konsert A Night With Aina Abdul 1.0 yang diadakan pada Disember tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Aina Abdul

IKLAN