“One Step Closer,” – Instafamous, Beby Tora Tora Kini Bergelar Tunangan Orang. Dah Berdarah Manis, Tahniah!

Share

Instafamous, Beby Tora Tora atau nama sebenarnya, Atierah Zulfatie berkongsi foto hari pertunangannya di laman Instagram.

Difahamkan, dia mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya yang dikenali sebagai Haffis pada Ahad lalu.

Dia yang mengenakan persalinan berwarna merah jambu dan tudung berwarna maroon kelihatan berseri-seri sekali.

“One step closer. Alhamdulillah,” tulisnya.

Susulan itu, dia dihujani dengan ucapan tahniah oleh netizen dan ramai yang mendoakan agar pertunangannya itu dipermudahkan.

Menjelang hujung tahun, ramai pula kisah orang bertunang dan berkahwin.

Apa-apapun, MH ingin mengucapkan tahniah buat Beby Tora Tora dan pasangan.

Foto/Instagram: Beby Tora Tora & Tunang

IKLAN