Selepas berkahwin dengan aktor kacak, Fattah Amin nampaknya rezeki aktress cantik, Fazura kini semakin mencurah-curah. Bukan sahaja berjaya dalam lakonan malah semakin membina nama dalam bidang nyayian.

Memetik laporan dari Berita Harian, Fazura bakal berduet dengan penyanyi dari negara seberang, Anggun Cipta Sasmi dengan single berjudul The Good Is Back. Wow!

Nama Anggun tak perlu MH perkenalkan lagi. Bakatnya sudah jauh terbang ke peringkat antaranbangsa malah telah mencipta nama di Perancis.

OMG! Fazura Bakal Lancarkan Lagu Duet Dengan Anggun

Mereka juga telah bertemu di sebuah studio untuk merakamkan single tersebut. Dalam masa yang sama, Fazura turut berasa terharu kerana diberi peluang yang amat berharga itu.

“Pada awalnya saya ragu-ragu untuk menerima tawaran ini kerana menyedari siapa saya kalau nak dibandingkan dengan dirinya. Anggun satu nama yang cukup besar.

 

 

“Saya ucapkan terima kasih kepada Anggun kerana sudi bekerjasama dengan penyanyi baharu seperti saya,”  Ujar Fazura

Single tersebut akan dimuatkan dalam album Anggun yang kelapan yang diberi judul 8 dan bakal dilancarkan pada Jumaat ini.

IKLAN

Menurut Anggun, Fazura mempunyai persamaan dengan dirinya dan disebabkan itulah dia memilih Fazura untuk berkolaborasi dengannya.

“Ini kali pertama bertemu dengannya. Sebelum ini saya hanya mengetahuinya dari jauh, menerusi lakonannya yang banyak memenangi anugerah serta program realiti Facing Up To Fazura.

 

 

“Kami juga berkongsi nasib serupa apabila sama-sama kehilangan ayah. Saya sangat mengagumi semangatnya kental itu. Semangat itu yang kami selitkan dalam lagu yang ada mesej positif ini,” katanya

Dalam masa sama, Fazura turut memuat naik gambar bersama anggun ketika majlis pelancaran lagu The Good Is Back.

IKLAN

“Fazura X Anggun. Super thrilled with our collaboration! “The Good Is Back will be out soon! 

Jom #MHBelanjaGambar kedua figura cantik buat korang

OMG! Fazura Bakal Lancarkan Lagu Duet Dengan Anggun

OMG! Fazura Bakal Lancarkan Lagu Duet Dengan Anggun

IKLAN

OMG! Fazura Bakal Lancarkan Lagu Duet Dengan Anggun

OMG! Fazura Bakal Lancarkan Lagu Duet Dengan Anggun

OMG! Fazura Bakal Lancarkan Lagu Duet Dengan Anggun

Sumber : Berita Harian

Foto : IG Miss Fazura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI