“Oi Lawa Suit Dia Tu,” – Nourul Depp Puji Pakaian Ajai Di Konsert Minggu Ini Dengan Misha Omar

Share

Baru-baru ini, penyanyi Misha Omar ada memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya berkenaan momennya persembahan bersama komposer terkenal, Ajai.

Keduanya bergandingan menerusi program Konsert Minggu Ini yang telah bersiaran langsung di TV2, pada Sabtu.

“To Abg Ajai @byajai , sila update Kak Mitch, semayang Jumaat kat masjid mana minggu ni? Kita nak pi curi kasut tuuu..segak sgtttt!!!,” tulisnya.

Dalam pada itu, bekas isteri kepada Ajai, Nourul Depp turut memberikan reaksi di ruangan komen entri tersebut.

“Oi lawa suit dia tu.,” tulisnya.

Lantas, peminat memuji sikap Nourul yang masih menjalinkan hubungan baik bersama bekas suami.

Sekadar informasi, Nourul pernah mendirikan rumah tangga bersama Ajai pada 25 Disember 1996 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ayu Nazirah.

Bagaimanapun, pasangan ini telah berpisah pada 28 Februari 2007 dan masing-masing sudah bahagia dengan kehidupan sendiri.

Foto: Instagram Misha Omar

IKLAN