Komposer Azmeer selaku ketua juri menyifatkan Jampi merupakan sebuah lagu yang mempunyai jiwa besar. Katanya, semua orang dirasakan tahu dan mampu menyanyikan lagu berkenaan, walaupun kanak-kanak.
“Kami tidak hanya melakukan penjurian daripada sudut kualiti semata-mata, tetapi Jampi menakluki pelusuk negara dan negara jiran juga. Itu ada sedikit markah dari segi impak keberkesanannya. Melodinya juga cantik. Semua orang boleh nyanyi lagu itu.
“Malah, susunan muziknya juga bagus, melodi sesuai dan persembahan Hael cukup meyakinkan. Dia menunjukkan kemajuan kalau nak dibandingkan pada pengilibatannya di Mentor dulu,” kata Azmeer yang turut mengakui kreativiti, keaslian lagu yang tidak meniru lagu lain dan vokal penyanyi menjadi antara elemen yang dititik beratkan 10 barisan juri profesional pada malam itu.
Azmeer sendiri mengakui setiap juri yang diberi tanggungjawab pada malam itu sebulat suara memilih lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu sebagai pemenang selain turut memuji kredibiliti pasangan duet, Syamel dan Ernie Zakri yang turut menyampai lagu Aku Cinta dengan baik sehingga melayakkan mereka dipilih sebagai pemenang Anugerah Vokal Terbaik edisi tahun ini.
Selain Jampi, Sejati nyanyian Azmi Caplih Buskers 9lagu asal Faizal Tahir) menduduki tempat kedua, sementara Tergantung Sepi yang dipersembahkan Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemenang di tempat ketiga sementara Amboi ditangan Altimet dipilih sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik.
Khai Bahar menerusi Bayang pula merangkul Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung berdasarkan undian peminat.
Dikendalikan hos Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad, acara muzik tahunan itu turut diserikan dengan penampilan khas Datuk Jeffydin, Datuk A.Rahman Hassan, Datuk Awie dan Siti Sarah.
Foto: Asril Aswandi (Sinar Harian)
https://www.youtube.com/watch?v=Ai71BOdIjdo
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI