“Oh Terima Kasih, Tuhan Kau Telah Berikan 12 Tahun Terindah” Buat Ashraf Sinclair, Syahdunya Lirik Lagu Baru Bunga Citra Lestari

Share

Tidak sampai sehari lagu terbaru Bunga Citra Lestari, 12 Tahun Terindah yang dimuat naik ke saluran YouTube miliknya, klip video lagu tersebut telah pun meraih hampir 5 juta tontonan bersama ribuan komen dari peminat.

Klip video berkenaan yang merakamkan memori kehidupannya bersama suami, Allahyarham Ashraf Sinclair bersama anak mereka Noah Aidan Sinclair nyata membuatkan ramai yang rasa syahdu.

Malah, liriknya juga cukup meruntun perasaan.

Terdahulu, bintang asal Malaysia, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.

Malah sejak Jun lalu, BCL menerusi Instagram memuat naik beberapa keping foto kenangannya bersama Allahyarham dan anak tunggal mereka sebagai simbolik 12 tahun sehidup semati.

IKLAN