Penyanyi, Nourul Wahab menjelaskan dirinya tiada masalah untuk berduet bersama bekas suaminya, Ajai andai diberi peluang dan kesempatan.

Menurut Nourul, suaminya itu sudah lama mengizinkannya jika dia mahu kembali berduet bersama Ajai atas dasar profesionalism.

Kenyataan itu dibuat selepas ada individu yang menghantar mesej personal kepada penyanyi tersebut memberitahu, dia amat merindukan persembahan Ajai dan Nourul di satu pentas yang sama.

“Oh semalam rupanya final #gegarvaganza. Maaf lah tak tengok. Ada mr ajai ya. Tak tahu pulak. Sure he did well. Sampai ada yang hantar message macam ni. Dear my dear fans, i have no problem at all to perform with the one and only like him, Mr Ajai.

IKLAN

“Even my Husband has given me his blessing long time ago based on profesionalism and the duet the me was in one of our chapters in life. I am okay to sing or to do a special show with me Ajai andai semuanya baik baik belaka.

“Yang baik itu semuanya dari Allah. Mudah mudahan ada rezeki kalian untuk melihat semula kami menyanyi duet. Amin,” tulisnya.

Tambah Nourul lagi, segala perancangan diatur oleh Allah dan berharap agar satu hari nanti mereka diberikan kesempatan unuk membuat persembahan bersama untuk mengubati kerinduan para peminat.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat sangat teruja apabila mendengar perkhabaran tersebut.

“Oh Semalam Final GV5 Ke, Maaf Tak Tengok Ada Mr. Ajai Ya…,”- Tanya Fasal ‘Comeback’ Dengan Bekas Suami, Ini Respon Profesional Nourul Wahab!

IKLAN

“Oh Semalam Final GV5 Ke, Maaf Tak Tengok Ada Mr. Ajai Ya…,”- Tanya Fasal ‘Comeback’ Dengan Bekas Suami, Ini Respon Profesional Nourul Wahab!

Terdahulu, Ajai dan Nourul sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pada tanggal 25 Disember 1996 sebelum bercerai pada 2007.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ayu Nazirah dan seorang lagi anak angkat bernama Mohd Fairul Ihsan.

Foto: Instagram Nourul Wahab

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI