Masih ingat dengan isu Hael menang, Nabila Razali pula berlinang air mata hingga membuatkan orang ramai terutamanya pengguna media sosial mula menimbulkan pelbagai pertanyaan dan spekulasi?

MH cuba untuk dapatkan Nabila dan bertanya mengapa gadis Cumi-cumi ini menangis semasa melihat Hael di atas pentas.

Oh Ini Sebabnya Kenapa Nabila Razali Menangis Ketika Hael Menang!

Menurut Nabila sebenarnya hubungannya dengan Hael hanyalah kawan biasa tidak lebih dari itu.

Tambahnya lagi niat sebenar dia hadir ke malam AJL32 memang untuk memberi sokongan kepada rakan seperjuangannya itu, malah penyanyi Indah juga begitu.

IKLAN

“Oh tidada apa sebenarnya, kami hanya kawan sebab kitorang satu batch. Jadi memang sangat terharu bila rakan baik sendiri menang.

 

“Mana tidaknya baru sahaja masuk terus jadi juara. Bagi saya ia adalah satu percapaian yang luar biasa untuk sesiapa pun.

 

“Jadi malam tu memang bangga betul dengan pencapaian dia. Lagipun saya memang datang suppor Hael all the way,” jelas Nabila kepada Media Hiburan.

Malah, Nabila akui dirinya tidak dapat menahan dan kawal perasaan kerana sangkaannya itu tepat dan benar-benar terjadi umpama impian menjadi kenyataan.

MH difahamkan juga sebenarnya bukan sahaja Nabila, Indah selaku rakan Akademi Fantasi di musim yang sama juga tidak dapat menahan sebak cuma tidak dapat direkodkan kerana Indah telah pulang awal.

IKLAN

Menurut Nabila lagi, dia tahu bagaimana strugglenya Hael untuk sampai ke tahap itu dan mereka tumpang gembira bersama.

IKLAN

MH turut bertanya bagaimana reaksi Nabila apabila melihat semula video tersebut, dengan ketawa besar Nabila menjawab dia langsung tidak sedar dirinya dirakam.

“Sebenarnya saya pun tak sedar bila dirakam, tetapi memang tergelak bila tengok semula!” jelas Nabila lagi.

Aduh lucu betul, tak boleh bayang apalah perasaan Nabila bila tengok muka sendiri menangis begitu kan?

Tapi MH puji semangat setia kawan mereka bersama. Ya memang benar kata Nabila, kadang-kadang bila kita lihat kejayaan sahabat kita, pasti secara automatik kita akan tersentuh dan sedih kegembiraan kerana kita tahu apa yang dilaluinya.

Apapun MH turut doakan yang terbaik untuk Nabila, mungkin selepas ini tuah berpihak pada Nabila pula kan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI