Nynaa Harizal Sarat Hamil Anak Sulung, Wajah Berseri Bakal Ibu Curi Perhatian

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon, Nynaa Harizal yang kini sedang sarat hamil anak sulung.

Difahamkan, Nynaa atau nama lengkapnya, Nurul Hanynaa Harizal hadir dalam keadaan sedang berbadan dua di sebuah majlis, baru-baru ini.

Malah pada ketika itu, bintang drama Madam E-Wallet itu yang sedang tunggu masa untuk melahirkan turut berkongsi keterujaan hamil bersama kenalan media pada majlis berkenaan.

Malah, penampilannya yang menawan berseri pada majlis tersebut turut mencuri perhatian.

Bagaimanapun, dia dikatakan belum lagi bersedia untuk ditemubual lebih lanjut mengenai perkara itu namun terbuka untuk berkongsi setelah melahirkan kelak.

Imbas kembali, Nynaa, 27, mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Fahmi Ilyas pada 28 Ogos 2021.

Kisah rumah tangga mereka menjadi tumpuan apabila pada 3 November, Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ bapa mentuanya ketika penggambaran sebuah drama.

Nynaa kemudian dilaporkan bertindak memfailkan penceraian secara baik dengan Fahmi pada 10 November 2021 dan sebutan kes berlangsung pada 18 November di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Suaminya membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan mereka mencapai persetujuan untuk berbaik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN