Beberapa hari lalu, dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan kemalangan di set penggambaran melibatkan aktres, Cynthia Ramlan. Pelakon berusia 30 tahun itu mengalami saat mengerikan apabila  nyaris digilis kenderaan jenis Toyota sedan yang dipandu rakan pelakonnya, Meidian Maladi.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 2 Mac lalu dan video yang memaparkan kejadian berlaku terhadap adik kepada pelakon, Olla Ramla itu turut menjadi viral di media sosial.

Kejadian dikatakan bermula apabila Cynthia Ramlan sedang melakukan salah satu babak untuk filem televisyen yang dilakonkan. Bagaimanapun secara tidak disengajakan, kereta yang dibawa Meidian meluncur laju seterusnya menghentam sebahagian tubuh aktres tersebut sehingga terperosok ke bahagian bawah enjen kereta tersebut.

Malah menerusi video berkenaan, kepalanya juga nyaris dilenyek kenderaan terbabit. Sejurus kejadian berlaku, team produksi lantas membantu pelakon malang itu.

Nyaris Digilis Kereta, Pelakon Indonesia Cynthia Ramlan Alami Insiden Mengerikan di Set Penggambaran!

IKLAN

Dalam perkembangan berkaitan, pihak keluarga Cynthia berharap agar kejadian sama tidak lagi berulang pada masa depan. Bukan saja kepada Cynthia, tetapi terhadap rakan pelakon lain juga. Olla menerusi media tempatan turut memberitahu, adiknya itu masih lagi trauma dengan insiden ngeri yang menimpa dan masih mengalami sesak nafas.

Terkini, pelakon tersebut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan dan turut memaklumkan dia bakal menjalani ujian MRI.

IKLAN

“Subhanallah Alhamdulillah ya Allah. Sampai hari ini tak henti2 terima ucapan dan doa dari semua. Sekali lagi terima kasih yang sedalam2nya untuk semua yg mendoakan, semoga segala doa yang baik menyertaimu jua.

 

“InsyaAllah hari ini (5 Mac) akan menjalankan MRI mohon doanya juga semoga hasilnya baik2 saja,” tulisnya menerusi InstaStory.

Nyaris Digilis Kereta, Pelakon Indonesia Cynthia Ramlan Alami Insiden Mengerikan di Set Penggambaran!

Sepanjang penglibatannya dalam dunia lakonan Indonesia, Cynthia setakat ini telah pun berlakon di dalam beberapa buah filem. Antaranya ialah Duel: The Last Choice dan 7 Hari Menembus Waktu. Pernah mendirikan rumah tangga pada usia 19 tahun dengan aktor, Vicky Nitinegoro.

IKLAN

Bagaimanapun, perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja sebelum aktres ini bernikah buat kali kedua dengan geologist minyak, Erlangga Tjokro pada Mei 2015.

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI