Juri Final All Star Gegar Vaganza, Hetty Koes Endang memuji persembahan pertama penyanyi, Siti Nordiana yang membawakan lagu Kisah Hati nyanyian asal Datin Alyah.
Menurut Hetty, nyanyian Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana ternyata telah menyentuh hatinya.
“Merinding bulu roma bonda bila saat chorusnya. Kamu sudah buat yang terbaik,” katanya.
Malah, juri asal Indonesia ini juga memuji pemilihan lagu yang telah dibuat oleh Nana.
Ads
Pada masa sama, Hetty meminta
peserta lain untuk terus memberikan persembahan terbaik untuk menyayingi persembahan Nana ini.
“Bagaimana perasaan kamu masuk ke peringkat akhir? Syukur bangga kerana kamu masuk hingga titik saat ini.
Ads
“Menurut saya, lagu pertama ini nilainya agak tinggi berbanding dua lagi lain.
Ads
“Jadi peserta yang bertanding perlu all out. Menurut saya, kamu ‘grand’, mantap,” ujarnya lagi.
Nana selepas ini bakal mempersembahan dua buah lagu lagi menerusi tugasan duet dan battle.
Dua lagu tersebut adalah Kemarin dan Let’s Kill This Love.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Nelysa Norazlan menerima ucapan tahniah warganet selepas mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.
Berita gembira tersebut dikongsikan Nelysa menerusi salah satu hantaran videonya di aplikasi TikTok, baru-baru ini.
“Ya saya kini pemegang buku pink. Semoga terjawab segala persoalan. Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan.
“Alhamdulillah. Yes I’m pregnant. Tak boleh cover dah sebab makin mengah. Makin bulat,” katanya.
Nelysa pada sama sama turut berkongsi perkembangan kehamilan yang mana dia turut berdepan dengan alaha agak teruk pada awal trimester kehamilannya.
“Few months back memang slow down kan sikit kerja sebab morning sickness yang teruk. Baru faham perasaan jadi kain buruk. Loya, muntah, lesu, semuanya ada.
“Saya baru sahaja recover morning sickness yang agak teruk dan sekarang ni baru ok. Sekarang ni pun cepat mengah dan perut pun dah tak boleh disorok lagi. Kalau keluar pun orang dah nampak.
“Jadi inilah masa yang sesuai untuk beritahu semua orang, doakanlah saya dan baby,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mempertaruhkan dua buah lagu pada peringkat Semifinal Muzik-Muzik Ke-38 (SFMM38) yang berlangsung minggu lalu, Shiha Zikir nyata sebak apabila karya nyanyiannya, Kalam diumum mara ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38), Mac depan.
Sambil meluahkan rasa terharu, Shiha juga bersyukur apabila naskhah nukilannya sendiri bersama komposer Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves berjaya lolos, bersama 11 buah lagu lainnya.
“Jujur dari peringkat separuh akhir lagi Shiha berasa sebak dan terharu kerana ramai peminat sedar kewujudan lagu Kalam dan mengundinya hingga ke tahap ini.
“Sekarang ni bila layak ke AJL, rasa gembira dan bersemangat memandangkan lagu ini sangat bermakna buat Shiha kerana ia sebuah lagu tradisional fusion.
“Shiha memang nak sangat lagu-lagu berentak tradisional macam ni layak ke peringkat tertinggi seperti AJL,” ulasnya.
Ditanya mengenai cemuhan segelintir warganet yang melabelkan Kalam sebagai sebuah lagu sendu, Shiha bagaimanapun tenang memberikan responsnya.
Tambahnya lagi, sejak dulu sampai sekarang, prinsipnya sama sahaja iaitu mementingkan kualiti berbanding kuantiti.
“Jika benar sambutannya sendu, tak mungkin lagu ini akan dipilih sebagai 30 buah karya di peringkat separuh akhir kerana untuk berada di SFMM, ia perlukan undian yang cukup daripada peminat,” jelasnya.
Terdahulu, terdapat beberapa pihak yang seolah-olahmempertikaikan kemasukan Shiha ke peringkat akhir AJL38 yang disifatkan terlalu kerap sejak AJL35.
“Kali pertama sewaktu AJL35, saya masuk sebab menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu 7 Nasihat.
“Pada edisi AJL36 barulah buat julung kalinya saya lepas ke pentas akhir dengan lagu nyanyian sendiri iaitu AEWO bersama Noki.
“Tahun lepas adalah yang kedua kalinya menerusi lagu Irama. Itupun saya cuma menang kategori Persembahan Terbaik, bukannya menang keseluruhan,” ulasnya memberi pencerahan.
Menurutnya lagi, setiap kali menghasilkan karya baharu, dia memang meletakkan AJL sebagai penanda aras dalam memastikan kesemua lagu-lagu yang dihasilkan berkualiti selain memenuhi cita rasa pendengar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk M. Nasir berpandangan antara faktor mengapa lagu-lagu masa kini kurang penjiwaan daripada aspek lirik adalah disebabkan perubahan zaman.
Menurut M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamed, pemikiran mereka yang lahir di era moden ini tidak sama dengan mereka yang pernah melalui getir hidup ketika negara sedang membangun.
“Orang sekarang sudah tak fikir lagi perkara-perkara yang puitis. Cuba tanya budak-budak belasan tahun, apa yang mereka fikirkan sekarang?
“Kadang-kala tiada apa yang mereka fikirkan. Minda mereka kosong. Ini semua salah generasi saya yang kini sudah bergelar ibu bapa.
“Kita dilahirkan ketika negara sedang di dalam fasa membangun dan kebanyakkan daripada kita adalah golongan miskin.
“Kemudian, bila kehidupan kita sudah menjadi, anak-anak ini tidak melalui fasa kemiskinan. Mungkin masih ada lagi yang miskin tapi kesusahannya berbeza berbanding zaman dahulu,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Keroncong Untuk Ana itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert ‘Sifu & Aku’ baru-baru ini.
Katanya lagi, golongan muda masa kini kurang pendedahan tentang kepayahan hidup kerana segala kemudahan telah pun disediakan oleh ibu bapa.
“Jiwa mereka tidak diisi dengan keperihan, kesusahan dan penderitaan masa lalu. Ibu bapa zaman dahulu tak mahu anak mereka ketika ini berasa susah. Mereka tak ajar erti kesusahan dan terlalu menjaga anak-anak.
“Sebagai contoh, mereka tak bagi anak bermain di tepi longkang atau tempat-tempat berbahaya. Silap-silap, ayam pun mereka tak pernah jumpa. Tahu makan sahaja.
“Pada saya, pembelajaran tentang kehidupan itu tidak ada. Mereka tidak merasai pengalaman itu,” ulasnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan jolokan sifu ini turut berpandangan segelintir anak muda masa kini kurang minat untuk mendalami ilmu sastera.
“Konsentrasi kita hanya terletak kepada pembangunan materi. Kalau kita tanya kepada golongan muda ini, adakah mereka berminat dengan sastra?
“Kalau boleh tak nak pandang pun pendidikan sastera itu. Mereka tak faham mengapa perlunya pendidikan sastera dan penguasaan bahasa ini.
“Jadi, kita tak dapat nak hasilkan artis-artis yang mampu mencipta lirik-lirik yang puitis. Maksudnya, ini semua salah mereka di zaman saya.
“Kita tak nak anak kita lalui apa yang kita lalui. Kita minta mereka belajar tinggi-tinggi. Pendedahan mereka juga kita kawal. Jadi, mereka tidak boleh berkarya. Tiada apa yang mereka nak perjuangkan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram M. Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Fattah Amin menyokong penuh usaha daripada pihak kerajaan untuk memperkasakan Kempen Internet Selamat bagi membendung isu buli siber yang kini dilihat semakin membimbangkan.