Berita

“Nyanyi Lagu Ketuhanan Kata Raih Simpati, Lagu Rancak Kata Bersuka Ria,” – Amyza Aznan

Share

Pelakon Amyza Aznan terkilan apabila persembahannya pada konsert minggu ketiga Kilauan Emas Selebriti (KES) menerusi lagu Ya Illahi Ranni menerima kritikan segelintir pihak.

Menurut Amyza, ada yang mendakwa dia sengaja mahu meraih simpati apabila memilih untuk membawakan lagu berunsur ketuhanan itu.

“Selepas ini saya menyanyi lagu berunsur ‘binatanglah’. Okay kan? Nyanyi lagu ketuhanan, kata raih simpati.

“Nyanyi lagu rancak, kata kita bersuka ria,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan ibu kepada tiga cahaya mata itu menerusi satu hantaran di Instagram Story.

Dipersoal Terus Bekerja Ketika Suami & Anak Sakit

Malah, Amyza turut mendedahkan terdapat segelintir juga pihak yang mempersoalkan keputusannya untuk terus bekerja ketika anak dan suaminya sedang berdepan ujian kesihatan.

Pada masa sama, Amyza turut mempersoalkan bagaimana dia mampu menampung komitmen keluarga sekiranya tidak keluar mencari rezeki.

“Suruh pula duduk rumah jaga anak dan duduk hospital jaga suami.

“Bila bil sampai, kena bagitahulah dekat tuan rumah, TNB, bil telefon dan bil air yang kita tak boleh bayar sebab kena jaga laki dan anak.

“Macam itu ke? Menurut bijak pandai,” kongsinya lagi.

Suami Sudah Sedarkan Diri

Sementara itu, memetik laporan Harian Metro baru-baru ini, suami Amyza, Khairil Izhar Mohd Nazir, dilaporkan sudah sedarkan diri selepas ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat paru-paru berair dan tekanan darah tinggi.

Bagaimanapun, Khairil masih ditempatkan di Unit Penjagaan Rapi (CCU) selain memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Amyza turut berkongsi keadaan anak lelaki mereka, Adrian Adam, yang menghidap kanser tulang dan kini hanya terlantar di atas katil.

Menurutnya, bengkak pada bahagian kaki Adrian juga semakin membesar sehingga mencecah 66 sentimeter.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Aizam Manaf