Uncategorized

Nur Shahida Kongsi 5 Point Mengapa Aliff Syukri Sempurna Di Matanya!

Share

MH tahu pasti ramai diluar sana tertanya-tanya bagaimana isteri kepada pengasas produk kosmetik D’Herbs, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid boleh bertahan dengan suaminya Datuk Seri Aliff Syukri bukan?

Diam tak diam, usia hubungan mereka berdua telah menjangkau 11 tahun! Sering diberi simpati kerana miliki suami yang ‘riuh’ Shahida punyai alasan dan jawapannya tersendiri mengapa sehingga kini masih bersama suami yang sering dilabelkan sebagai ‘gila glamour’ oleh netizen!

Shahida yang tidak lokek berkongsi cerita memberitahu kepada MH ada beberapa sebab mengapa dia cintakan suaminya itu…

1. “Dia seorang suami yang tidak keluar malam melepak mahupun mengutuk orang sesuka hati…”

Kalau korang perasan, Aliff Syukri memang seorang yang sangat mementingkan keluarganya. Jarang sungguh kita lihat Aliff keluar tanpa isteri dan anak-anaknya apatah lagi jika ingin berfoya-foya kan?

 

2.“Aliff seorang yang baik daripada orang lain…”

Ya, baik itu subjektif, namun sebagai seorang isteri pasti Shahida lebih tahu sejauh mana keihlasan dan betapa baik hati suaminya itu bukan?

 

3.“Seorang anak yang sangat sayangkan ibunya”

 

Menurut Shahida, setiap kali ibunya datang ke rumah mereka, Aliff akan berusaha untuk masak dan hidangkan makanan tersebut dengan dekorasi yang cantik.

Malah, jika boleh suap pasti dia akan suapkan ibunya itu. Menurut Shahida, dia tidak pernah jumpa lelaki seperti ini.

 

4.“Jujur, dia seorang lelaki yang sangat menghormati orang tua”

Dari cara Aliff bercakap dengan ibunya sahaja kita sudah tahu bagaimana cara dia berkomunikasi dengan seseorang yang lebih berusia.

Malah MH akui, sepanjang kami menghubunginya untuk temu ramah, Aliff seorang yang sangat simple, humble dan tidaklah seperti apa netizen gelarkannya.

 

5.“Ya, memang mulut cabul tetapi hanya marah 5 minit”

Menurut Shahida Aliff mungkin lantang bila berkata apatah lagi jika ‘naik angin’ tetapi dia tidak menyimpan dendam atau memanjangkan cerita. Dia hanya marah ketika itu dan selepas 5 minit dia akan reda seperti biasa.

Hmmm bagus betul Shahida, untung betul Aliff memiliki seorang isteri yang sangat penyabar dan serba sederhana ini. MH puji betul Datin kerana sentiasa tabah dengan segala tomahan yang sering dilemparkan netizen kepada dirinya gara-gara keletah suaminya.

Apapun inilah dia orang kata kasih sayang seorang isteri bukan?

IKLAN