Nur Sajat Hadir Ke Mahkamah?

Share

Nama ahli perniagaan, Nur Sajat terpapar di senarai kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, penyanyi lagu Bobo Di Mana itu dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Prosiding pendakwaan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pendakwa.

Terdahulu, Sajat dilihat tiba pada jam 9.25 pagi dengan memakai baju merah.

Sumber: Sinar Harian

 

IKLAN