“Now She So Clingy With Me, 24 Jam Nak Berkepit…,” – Sudah 8 Bulan Usianya, Ayda Jebat Kongsi Gelagat Ana Nayla

Share

Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat berkongsi perkembangan puteri sulung, Ana Nayla yang kini mencecah usia lapan bulan buat tatapan peminat di Instagram.

Menurut Ayda, 30, Ana kini sudah pun mampu bertutur beberapa patah perkataan dan kerap mahu bersama dengannya.

“I wanna post it! Coz you shooo cute! She can says ‘Mama’ yup! Thanks Baby for choosing Mommy instead of Daddy Bil. Daddy dia sampai merajuk. And few more words! I’ll record and tengok dekat Boss Baby @ananaylaofficial okay!

“And now she so clingy with me, 24 jam nak berkepit, and bila main dengan orang lain dia okay je gelak-gelak, but bila nampak je Mommy or dengar my voice, habis terus mood bertukar muka cebik nak mintak kena amik,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, para peminat ada berkongsikan pengalaman bersama anak masing-masing selain turut menitipkan doa yang baik-baik buat Ayda seisi keluarga.

Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan mereka menyambut kelahiran Ana Nayla pada 21 September tahun sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN