“Nosebleed, Hebatnya Ciptaan Tuhan…,” – Ada Gadis Tak Senang Duduk Tengok Perut Ikmal Amry. Bukan Main Ya!

Share

Finalis Pencarian Hero Remaja 2017, Ikmal Amry berkongsi foto menunjukkan ‘six pack’ di laman Instagramnya, semalam.

Difahamkan, foto itu diambil ketika dia habis bermain bola sepak bersama pasukannya, Challo FC.

“I want to take this opportunity to thank everyone in Challo family. 2018 has been one of the best years I’ve had in my life.

“Thank you semua yang banyak beri tunjuk ajar dkt Am dalam bola sepak. Thank you management, sponsors & supporters yang sentiasa ada bersama dalam suka dan duka,” tulisnya.

Bagaimanapun, kelihatan ramai netizen khususnya para gadis yang lebih memandang kepada ‘six pack’ pelakon berkenaan menerusi foto tersebut.

Ternyata ini bukanlah kali pertama Ikmal tayang ‘six pack’nya itu, sebelum ini dia ada juga muat naik foto seakan sama.

Alahai, dah lah muka helok, badan pun on point. Manalah para gadis tidak cair dengan Ikmal kan?

Foto/Instagram: Ikmal Amry

IKLAN